Home » »

Written By Idris on Friday 14 August 2015 | 07:48

      









 PEMBIAKAN TAMPANG

1.1      Definasi

Pembiakan tanaman secara tampang iaiitu  melalui penggunaan bahagian - bahagian tertentu tanaman seperti batang, daun, akar, mata tunas, umbisi, rizom, stolon dan sulur.

1.2      Kepentingan Pembiakan Tampang
                      i.        Tanaman cepat mengeluarkan hasil
                     ii.        Anak benih mewarisi sifat induk
                    iii.        Alternatif pembiakan tanaman tanpa biji
                   iv.        Pertumbuhan tanaman lebih  sekata

1.3      Jenis- jenis Pembiakan Tampang
              i.   Cantuman
· Cantuman Baji





· Cantuman Mata tunas



· Cantuman Sisi




· Sanding




· T





· H






          ii.       Keratan


·      Batang/ ranting
·  Daun
·  Akar


         iii.       Tut



·      Tut udara (marcot)

·      Tut lenturan (layering)




        iv.       Sulur
·       Pisang




         v.       Umbisi


·      Keladi
·  Keledek
·  Lobak merah
·   Ubi kentang



        vi.       Rizom
·      Halia
·      Lengkuas
               

       vii.       Stolon/ geragih


·      Pegaga
·      Strawberi



         2.   PENGENALAN KEPADA KAEDAH PEMBIAKAN TANAMAN SECARA CANTUMAN

2.1  Definasi cantuman tanaman

Kaedah mencantum sion atau mata tunas daripada baka yang baik dengan pokok penanti bagi menghasilkan pokok baru dengan ciri yang dikehendaki.

         3.      PENGENALAN KEPADA SCION DAN MATA TUNAS

3.1  Definasi sion dan mata tunas

Sion dan mata tunas adalah bahagian tanaman yang digunakan sebagai baka dalam pembiakan tanaman secara cantuman, yang mana bahagian ini akan dicantum pada pokok penanti dan berkembang menjadi pokok yang memiliki ciri- ciri yang dikehendaki.


3.2  Ciri- ciri scion dan mata tunas terpilih

                                    i.       Sihat dan tidak berpenyakit.
                                   ii.       Sama spesis dengan pokok penanti.
                                  iii.       Diambil daripada pokok induk yang berkualiti.
                                  iv.       Diambil daripada bahagian ranting separa matang.
                                   v.       Tahap adaptasi yang tinggi dengan persekitaran.
                                  vi.       Tahap keserasian yang tinggi dengan pokok penanti.


3.3  Cantasan pokok kayu mata tunas

Pokok kayu mata tunas perlu dipilih dengan teliti. Pemilihan pokok yang sihat, subur dan tidak berpenyakit akan menyumbang kepada peratusan kejayaan cantuman. Selain itu, cantasan ranting dan pembuangan daun- daun tua perlu dilakukan untuk menggalakkan pengeluaran mata tunas baru, seterusnya membolehkan kita membuat pilihan terhadap mata tunas terbaik.

         4.    PENGENALAN KEPADA POKOK PENANTI

4.1  Definasi pokok penanti

Pokok yang akan menerima scion atau mata tunas, lazimnya dikenali sebagai stock plant. Terdiri daripada jenis bergetah dan tidak bergetah.

4.2  Ciri- ciri pokok penanti terpilih

i.              Terdiri daripada genus yang sama dengan pokok kayu mata tunas
ii.             Terhasil daripada penyemaian biji benih (sistem akar tunjang)
iii.            Pokok tersebut mestilah sihat dan tidak berpenyakit
iv.           Memiliki daya adaptasi terhadap pelbagai keadaan
v.            Sistem akar yang tahan penyakit dan resistan

4.3  Penyenggaraan pokok penanti

                                              i.          Penyiraman
Penyiraman secukupnya perlu bagi memastikan pertumbuhan yang baik dan memudahkan kulit pokok disiat daripada batangnya.

                                             ii.          Pembajaan
Pokok yang mendapat nutrien mencukupi akan menyumbang kepada peratus kejayaan cantuman dan mempercepatkan proses percantuman dengan sion/ mata tunas.

                                            iii.          Pemangkasan

Pokok penanti yang telah siap dicantum dengan sion/ mata tunas memerlukan pemangkasan yang kerap pada peringkat awal bagi mengelakkan persaingan dengan sion/ mata tunas bagi mendapatkan air serta nutrien.



0 comments:

Post a Comment