Home » »

Written By Idris on Wednesday 19 August 2015 | 16:02





CARA MENYIMPAN  BIJI BENIH




1.    Definisi biji benih

Biji benih merupakan penyambung spesies tanaman (KEMANDARIAN) daripada satu generasi ke suatu generasi dalam peredaran masa yang panjang. Juga sebagai tanda Allah bersifat kekal.  Biji benih yang bermutu sangat tinggi seperti yang digambarkan dalam peribahasa melayu biji benih yang baik jatuh ke laut menjadi ‘pulau’. Oleh itu mempelajari biji benih sama ada dari segi saiz atau teknologi pengeluaran dan penyimpanan sangat penting. 

           2.   Ciri-ciri biji benih yang berkualiti

·         kadar percambahan yang tinggi
·         ketulenan variati atau genetik yang tinggi
·         kecergasan yang tinggi
·         sempurna iaitu tidak retak, pecah, rosak atau cedera.
·         Sihat iaitu tidak brpenyakit.
·         Kematangan kelambapan yang rendah
·         Bebas dari serangga-serangga dan musuh lain
·         Ketulenan fizikal yang tinggi iaitu bebas dari bahan pencemar seperti biji benih rumpai, biji benih tanaman lain dan jirim lengai (bahagian pokok, tanah dan lain-lain)
·         Ciri-ciri kesegaran, kepadatan biji benih serta saiz, warna dan rupa keseluruhan yang memuaskan.


                    3. Jenis-jenis biji benih :

                              i.        biji benih besar


         ii.   biji benih sederhana


         iii.  biji benih kecil





                4. Pemilihan biji benih

4.1.1      Bebas dari kerosakan



·        Biji benih bermutu mengandungi bahagian-bahagian penting seperti radikal, plumul dan endorsperma.
·         Kerosakan pada bahagian-bahagian tisu biji benih akan mengurangkan percambahan biji benih.
·        Kadang-kala biji benih yang rosak tetap akan cambah tetapi anak benih menjadi tidak sihat.
·        Kerosakan di bahagian luar biji benih seperti keretakan tidak akan menjejaskan daya percambahan.



4.1.2      Matang dan daya percambahan

Biji benih yang matang mempunyai daya percambahan yang baik berdasarkan ciri-ciri di bawah :

·    Biji  yang padat dan tidak kecut
·   Biji yang berat. Berat kering biji benih yang maksimum adalah satu ukuran pencapaian kematangan serta kebernasanya.
·    Biji benih yang ringan rendah mutunya. Kekurangan baja akan menyebabkan biji benih kurang daya percambahan.
·    Mempunyai kandungan kelembapan antara 20% hingga 35% semasa hendak dituai.
·   Biji benih yang tinggi kandungan kelembapannya adalah rendah mutunya kerana akan memberi percambahan yang rendah.
·  Adalah penting biji benih mencapai berat kering maksimum pada musim panas ataupun musim kering .Pada musim hujan biji benih yang terbentuk adalah rendah mutunya.



4.1.1   Tulen

Semasa menyediakan biji benih, elakkan daripada bercampur dengan biji benih jenis yang lain. Biji benih tidak tulen rendah mutunya.

4.1.2 Bebas daripada pembawaan penyakit dan perosak

Elakkan daripada menggunakan biji benih yang berkulat atau yang diserang oleh serangga. Biji benih berpenyakit menyebabkan penyakit merebak. Cara-cara untuk mendapatkan biji benih yang bebas daripada penyakit adalah seperti berikut:

                                              i.        Menanam di kawasan bebas daripada penyakit.
                                             ii.        Merawat biji benih terlebih dahulu supaya bakteria dan kulat di dalam biji benih akan terbunuh dan biji benih akan terkawal daripada penyakit.

               5.   Penyimpanan biji benih/bahan tanaman

Tujuan: biji benih mesti dikeringkan kelembapan kepada 3% hingga 10% supaya dapat disimpan lama tanpa menjejaskan kualiti percambahan.

5.2.1      Kepentingan

                                      i.        Daya percambahan biji benih tidak akan rosak. Ini kerana disebabkan biji benih yang baru disediakan mempunyai kandungan kelembapan diantara 30% hingga 35% dalam kandungan kelembapan begini biji benih akan ‘deteriorate’ terutama dalam haba yang panas dan kelembapan udara yang tinggi.
                                     ii.        Biji benih dianggap matang apabila berat keringnya yang maksimum dan kandungan kelembapan diantara 20%-35%.
                                   iii.        Biji benih yang basah jika disimpan didalam keadaan yang panas tidak akan tahan lama.
                                   iv.        Daya percambahan serta kecerdasannya akan merosot.

                                  v.        Menjaga kualiti biji benih ketika dalam simpanan, ia cambahan dan kecerdasan biji benih terjamin.
                                   vi.        Biji benih yang telah dibersihkan daripada bahan-bahan lain dapat dikurangkan dengan kelembapan dengan beberapa cara iaitu:

a.    Pengeringan asli:
·         Mengeringkan dengan menggunakan cahaya matahari yang terik sehingga kering.
b.    Pengeringan tidak asli:
·         Pengering suhu rendah
·         Pengeringan suhu sederhana
·         Pengeringan suhu tinggi

5.2.2    Kaedah menyimpan biji benih

                                      i.        Jenis-jenis bekas penyimpanan
·         Bekas kedap udara
·         Bekas/plastik lut sinar
                                     ii.        Bekas-bekas tersebut perlu di labelkan seperti berikut
·         Nama tanaman/tumbuhan
·         Tarikh di pek
·         % per cambahan
·         Berat kandungan







0 comments:

Post a Comment