Home » » KENAPA PERLU PENYIRAMAN TANAMAN

KENAPA PERLU PENYIRAMAN TANAMAN

Written By Idris on Monday 2 December 2013 | 20:40




1.0  SIRAM

1.1 Definisi istilah siram

Penyiraman adalah berasal dari kata dasar "siram" yang bererti  jirus.

Dari segi istilah teknikal, penyiraman ialah satu proses  pembekalan air / aplikasi atau pengaliran kepada tanah untuk keperluan tumbesaran tanaman dan seterusnya dapat meninggikan kualiti dan hasil tanaman. Rujuk gambar 1

 
                          Gambar 1 :  Penyiraman secara titis

                        Gambar 2:  Penyiraman kaedah renjis


 

1.2     Tujuan dan kebaikan menyiram

  1. Menambahkan peratus air dalam tanah bagi memberikan kelembapan tanah yang cukup untuk pertumbuhan tanaman yang optima dan pengeluaran hasil yang tinggi (maksima).

Gambar 3:  Pengeluaran tinggi






  1. Air adalah media pembawa baja / nutrien untuk diserap oleh akar-akar tanaman dan dihantar kepada batang, dahan dan daun.
Gambar 4: Akar serap baja


  1. Bagi menyelamatkan tanaman daripada  kekeringan  yang disebabkan  air dalam tanah  berkurangan.
Gambar 4 : Tanaman kekeringan


  1. Air diperlukan oleh tumbuhan untuk berbagai tugas seperti pertumbuhan sel, proses photosentisis, percambahan benih dan membekal  udara ke dalam tanah. Rujuk rajah 5
Gambar 5 : Fotosintisis



2.3 Penentuan tahap keperluan air oleh pokok

Penentuan tahap keperluan air oleh pokok dilakukan mengikut kaedah seperti berikut :

-          berpandu kepada kekerapan penyiraman yang ditetapkan dalam jadual.
-          pelarasan masa pada alat laras masa (timer) yang dipasang pada sistem pengairan, kekerapan yang telah dirancang.
-          keadaan media tanaman – kering.
-          berpandu kepada jadual kerja penanaman
-          pengesanan melalui bacaan pada skala alat pengukur kelembapan



                      Gambar 6 : Alat  pengukur kelembapan tanah (media)





0 comments:

Post a Comment