Home » »

Written By Idris on Wednesday 5 August 2015 | 04:02

  


JENIS-JENIS TANAH BERMASALAH

a)    Tanah Bris




§  Perkataan BRIS adalah singkatan bagi Beach Ridges Interspersed with Swales.
§  Ia  merupakan permatang pasir yang berkeadaan tinggi dan kawasan paya di sebelah bawahnya di antara kedua-dua permatang dan kedua-duanya dijumpai dalam satu tempat.
§  Tanah BRIS banyak terdapat di timur Semenanjung Malaysia dan kawasan pantai di Sabah dan Sarawak.Tekstur tanah BRIS adalah berpasir sehingga pasir berlom.
§  Peratus pasir bagi tanah BRIS adalah tinggi dan kebanyakannya melebihi 90%.
§  Tanah BRIS mempunyai sifat seperti keupayaan memegang air dan nutrien sangat rendah,kadar larutresap yang sangat tinggi dan suhu permukaan tanah juga tinggi.
§  Sifat kimia bagi tanah BRIS pula adalah seperti mempunyai kandungan nutrien sangat rendah dan aktiviti biologi di dalam tanah juga rendah 





b)    Tanah Bekas Lombong



§  Tanah bekas lombong merupakan bahan buangan yang berbagai jenis yang telah ditinggalkan selepas biji timah dikeluarkan.
§  Kebanyakan bahan buangan ini terdiri daripada pasir walaupun setengahnya mempunyai kandungan kelodak dan liat yang tinggi.
§  Secara am, tanah bekas lombong dan tanah BRIS mempunyai potensi yang sama dari segi pengeluaran pertanian.



c)    Tanah Masam / Asid Sulfat



§  Secara amnya tanah asid sulfat bermsaksud tanah yang mempunyai lapisan sulfirik (pH 3.5 atau kurang) di kedalaman di dalam lingkungan 100 sentimeter dari permukaaan tanah.
§  Tanah ini selalunya berasal daripada alluvium laut yang telah ditebusguna atau disalirkan.
§  Kekuatan keasidan boleh membawa kepada keracunan kepada tanaman.
§  Mempunyai sifat seperti pengudaraan dalam tanah yang rendah, kandungan nutrien terutama kalsium dan magnesium sangat rendah,keupayaan memegang air dan nutrien yang tinggi, keasidan tinggi di mana nilai pH < 3.5 serta berlaku keracunan aluminium kepada tumbuhan



d)    Tanah Gambut


§  Tanah gambut merupakan tanah yang  terjadi sebahagian dari daun-daun, balak-balak dan akar-akar yang mengalami pereputan, merupakan keseluruhan jisim (mass) yang mengandungi bahan organik lebih dari 65% dan bahan mineral kurang dari 35%.
§  Tanah gambut terbentuk secara pemendapan bahagian-bahagian tumbuhan yang mereput yang berada di bawah keadaan air yang bertakung ( water logged conditions ).
§  Paras air dalam tanah yang berada dekat atau hampir dengan permukaan tanah turut mengekalkan keadaan jisim gambut dan mencegah berlakunya oksidasi.
§  Sifat tanah gambut adalah seperti mempunyai nilai  pH rendah iaitu di antara 3.0-4.5, konduktiviti elektrik yang rendah  dan kadar mikronutrien juga rendah.
§  Tanah gambut terdiri dari tanah yang bersaliran sangat jelik (poorly drained), berwarna perang kemerahan dan mudah tercerai (loose),





e)    Tanah Masin



§  Tanah masin adalah tanah yang mempunyai kandungan garam yang tinggi dengan nilai bacaan konduktiviti elektirk (EC) melebihi 4 dS/m pada bacaan suhu 25OC dan nilai pH di antara  7.0 hingga 8.5.
§  Kandungan garam yang tinggi tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman kerana ianya boleh menyebabkan keracunan dan kehilangan air daripada tumbuhan.



f)     Tanah Berbatu



§  Merupakan tanah yang mempunyai kandungan keberbatuan yang melebihi 80% daripada permukaan tanah

0 comments:

Post a Comment