Home » »

Written By Idris on Tuesday 28 July 2015 | 07:32






 PENANAMAN  ORKID DALAM  PASU / BEKAS
                                                                                                                                         


1.0   PENGENALAN

         1.1  Tanaman Orkid 
                 
                 Orkid adalah  makhluk Tuhan. Ia mengeluarkan Aura            dan menjadikan  manusia   menjadi tenang. Lebih-                 lebih lagi  bagi hamba yang makrifat kepadanya.

Di Malaysia terdapat lebih dari 100 genus orkid, 808 spesis dan lebih 2 000  jenis orkid kacukan. Orkid mempunyai potensi yang besar di pasaran antarabangsa Penanaman secara kemersial adalah digalakkan.

1.2  Sifat-sifat umum orkid

i.    Keluarga : Orchidaceae

ii.   Sifat-sifat bunga orkid :

a. Di bahagian luar terdapat 3 kelompok sepal sepusar dan 2 kelopak petal di dalamnya.

b.Kelopak petal yang ke tiga  berubah suai menjadi labelum seperti lidah.

c.Di pangkal bibir terdapat kolum yang mengandungi cepudebunga di bahagian atas dan stigma di bahagian tengahnya. Rujuk rajah 1 : Morfologi Bunga Orkid


Rajah 1 : Morfologi Bunga Orkid


iii.  Sifat-sifat akar orkid

Akar orkid adalah  lembut, mudah patah, berlendir dan agak melekit. Bentuknya meruncing di bahagian hujung.  Jenis monopodial memiliki akar udara bewarna hijau, hijau keputihan atau kuning kecoklatan. Akar  ini berfungsi menyedut air  terus daripada udara.

iv.  Terdapat dua jenis  akar tanaman orkid :

a.      Akar serabut
b.      Akar udara



1.3    Jenis-jenis orkid

        Terdapat dua jenis orkid (mengikut cara pertumbuhan), itu :


i.              Orkid simpodium    -                                           ii. Orkid Monopodium
            Contoh : Dendrobium,                                           Contoh :  Vanda, Arachnis
                Cattleya dan                                                            Mokara .Rujuk rajah 3:
                 Oncidium,                                                                Monopodium
                                               Rujuk rajah 2:                                                           





2.0 MENGISI MEDIA TANAMAN ORKID KE               DALAM  PASU / BEKAS

i.    Tujuan/faedah  mengisi media tanaman ke dalam pasu / bekas.

a.     Memberi sokongan yang baik kepada akar
b.     Membekalkan  nutrien yang mencukupi kepada             tanaman
c.     Menyediakan saliran yang baik kepada tanaman
d.     Menyediakan  pengudaraan yang baik.

ii.  Kaedah mengisi media tanaman ke dalam pasu / bekas

Media  pemasuan tanaman  orkid yang sesuai digunakan   adalah mengikut habitat asalnya  .Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan dalam pemasuan  orkid  dan kaedah mengisi media tanaman ke dalam pasu/bekas adalah mengikut  jenis media yang digunakan.
a.    Kaedah mengisi pecahan batu bata ke dalam pasu/bekas

Pecahan batu bata merupakan salah   satu media yang popular digunakan dalam pemasuan  dan mudah didapati. Ianya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat.  Pecahan batu bata dicampur sekali bersama dengan pecahan arang.
Teknik mengisi  ke dalam pasu / bekas adalah seperti berikut ;
·      Mula-mula  batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman. Selepas itu diangkat dan dikeringkan.
·      Batu batu dipecahkan kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu/bekas.
·      Pecahan yang bersaiz besar diletakkan  dalam pasu  di bahagian  bawah , diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.
·      Tanam orkid di letak di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid anda. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang sebagai sokongan.
·      Kemudian isi sehingga penuh batu bata dan campuran arang di dalam pasu.
Nota : Pangkal orkid  simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya  terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak.
Rujuk gambar 4 : Mengisi pecahan batu bata ke dalam pasu


Gambar 4 : Mengisi Pecahan
batu bata ke dalam pasu

b.   Kaedah mengisi pecahan arang ke dalam pasu /         bekas

Arang adalah  media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat dan digunakan bersama dengan pecahan batu bata.
Teknik mengisi arang ke dalam pasu  :
·           Arang direndam selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat daripada  kayu bakau yang tumbuh di tepi laut ).
·           Arang disiram menggunakan aliran air  supaya sisa garam dapat dibuang.
·           Isi arang ke dalam pasu  seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.

c.    Kaedah mengisi serbuk kayu ke dalam pasu
Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat. Teknik mengisi ke dalam pasu :
·           Serbuk kayu yang ingin digunakan direndam di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan  keringkan.
·           Habuk kayu dimasukkan ke dalam bekas tanaman.
·           Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah,   media pasuan dicampur dengan tujuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.
Nota:  ( Serbuk kayu boleh di campurkan  bersama dengan media lain seperti pecahan batu bata, arang, tanah pasuan dan perlite)

d.   Kaedah mengisi perlite ke dalam pasu
Perlite  mudah dikendalikan, ringan dan tahan lama. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah.  Media ini boleh mengurangkan risiko penyakit disebabkan oleh  penyiraman melampau.
Teknik menggunakan:
·           Perlite disiram dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk tujuan  keselamatan.
·           Kemudian  isikan ke dalam pasu sehingga penuh.
·           Benamkan orkid sehingga menutup rizomnya. Ini tidak memudaratkan kerana perlite masih memberi rongga udara.

e.   Kaedah mengisi Sphagnum moss ke dalam               pasu / bekas

Media yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid  epifit pada bekas/ tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100% sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.
Teknik menggunakan;
·           Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman. Diangkat dan dibiarkan sehingga ia  terasa lembap.
·           Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu .

f.   Potongan batang paku pakis gajah.

Media ini juga amat digemari oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpan air dengan lebih lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau.  Media ini amat sesuai untuk tanaman secara gantung.
Teknik menggunakan;
·  Batang paku gajah dipotong mengikut kesesuaian  orkid yang hendak di tanam.
·  Orkid dilekatkan di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid . Biasanya tali rafia  digunakan kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.



g.   Tunggul kayu

Media ini sesuai untuk  tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah.  Ia mudah diperolehi di dalam hutan,di ladang-ladang sawit  atau di tepi sungai.
Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.


h.   Potongan dahan tembusu

Media ini digunakan untuk menanam orkid daripada  famili Bulbophyllum dan Phalaenopsis. Orkid  lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media ini. Ia mempunyai kulit yang tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.

i.   Tanah campuran
Orkid yang hidup di tanah memerlukan media ini. Iaitu  terdiri dari campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1.  Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.

iii.      Mengalas dasar pasu / bekas

Tanaman hiasan boleh ditanam di dalam pelbagai jenis pasu. Pasu untuk tanaman hiasan hendaklah mempunyai lubang yang cukup dan saiz lubang saliran yang cukup luas supaya larian tidak tersekat. Sekiranya larian air  tersekat, air bertakung di dalam pasu, dan ini boleh merosakkan akar-akar  tanaman hiasan.
     Oleh itu bagi memperbaiki pengudaraan  dan saliran serta menggelakan tanah campuran keluar melalui lubang pasu  ,  pecahan pasu  atau pecahan batu bata digunakan. Caranya ialah dengan mengatur serpihan pasu atau  pecahan batu bata / batu-batu kasar berlapis-lapis sehingga lebihkurang 4 cm tebalnya  iaitu satu pertiga  ukuran tinggi bekas .Susunan janganlah  sampai menutup lubang pasu. Rujuk rajah 5  : Cara melapik dasar pasu dengan serpihan pasu
                        


Contoh Orkid :











0 comments:

Post a Comment