Home » » JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN

JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN

Written By Idris on Sunday 15 December 2013 | 05:44




JENIS-JENIS POKOK HIASAN


Alamtanimoden akan menerangkan  kepada pembaca semua bahawa pokok hiasan mempunyai pelbagai jenis rupa dan sifat yang berlainan. Berasaskan kelainan ini ia boleh dikelompokan kepada benerapa jenis:

i.    Pokok jenis Palma
·         Pokok palma adalah pokok dari  famili Palmae.
·         Biasanya  ia mempunyai satu batang  yang diakhiri oleh sejambak daun.
·         Contohnya Pinang Raja (Cyrtostachys lakka) dan pokok kelapa gading (Cocos nucifera)  : Contohnya jenis palma . Rujuk rajah 1 : Pinang merah

Rajah 1 : Pinang merah


ii.            Pokok Teduhan

·         Pokok teduhan adalah pokok yang ditanam untuk dijadikan tempat teduhan.
·         Ditanam di pinggir jalan atau di kawasan taman untuk berehat.
·         Pokok –pokok ini boleh dibiakan melalui  biji benih, keratan batang atau cantuman.
·         Contoh nya  pokok tembusu (Fragrea fragrans) dan   pokok tulang daing (Milletia atropurpurea). : Pokok Tembesu




iii.           Pokok Renek

·         Pokok  yang mempunyai banyak batang , tumbuh dari pangkal hingga keatas.
·         mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter.
·         Pokok renek dibahagikan kepada 3 jenis:

a.   Pokok renek berdaun
b.   Pokok renek berbunga
c.   Pokok pagaran.

a.    Pokok renek berdaun

·         Biasanya tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi mempunyai daun yang cantik
·         contohnya pokok akalipa kuning (Acalypha hispida)  dan pokok puding (Codiaeum sp).  : Contoh pokok renek berdaun





b.    Pokok renek berbunga 
·         Biasanya mempunyai bunga-bunga yang berwarna menarik atau berbau harum.
·         Ia boleh ditanam secara tunggal atau berkelompok.
·         Contohnya bunga raya (Hibiscus rosa sinensis) dan pokok bunga kertas (Bougainvillea sp). : Contoh Pokok Renek Berbunga




c.   Pokok pagaran
·         Pokok  renek yang ditanam rapat-rapat di dalam barisan
·         Dijadikan sebagai pemisah atau penanda kawasan disamping sebagai penghias.
·         Pertumbuhan daun dan rantingnya  rapat dan membentuk seperti pagar. 
·         Pokok  pagaran  boleh dibiarkan tumbuh mengikut bentuk semula jadi atau boleh dipangkas mengikut bentuk topian.
·         Boleh dibiakkan melalui biji benih, kerata  batang atau cantuman.
·         Kaedah  penanaman tunggal  adalah dengan menggali lubang berukuran 0.5 x 0.5 x 0.3 meter.
·         Kaedah penanaman pagaran saiz lubang  0.3m dalam  x 0.5m lebar x  panjang mengikut  dikehendaki. Lubang di isi tanah campuran  dan pokok renek  tanam padanya.
·         Contoh pokok pagaran, pokok daun teh (Ehretia microphylla) dan pokok jejari hantu (Alternanthera elliptica).  : Contoh  Pokok Pagaran



iv.  Tanaman Hiasan Tumbuhan Memanjat dan Tumbuhan Menjalar

a.    Tanaman hiasan  tumbuhan memanjat.

Mempunyai 2 jenis :

i. Ia mempunyai tenderil dan pencaku tendril digunakan untuk memanjat  atau membelit sokongan, sebahagian pula ada mempunyai akar  yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan.

·         Contohnya pokok nyonya makan sirih (Clerodendron thomsonae) dan pokok bunga kembang songsang atau kembang pagi (Gloriosa superba) .Rujuk gambar 6: Contoh Tumbuhan memanjat mempunyai tendril




ii. Tumbuhan memanjat  jenis  scandent shrubs ialah tanaman hiasan yang tumbuh tegak terapi boleh memanjat jika mendapat sokongan dari pokok lain.
·         Contohnya pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan pokok petrea (Petrea volubilis). Rujuk gambar 7 : Contoh Tumbuhan Memanjat  jenis renek 





    b.    Tanaman hiasan Tumbuhan menjalar.
·         Tumbuhan ini hanya tumbuh melata .
·         Contohnya Hemigraphis (Hemigraphis colorata) dan bunga Ros  Jepun (Portulaca grandiflora). Rujuk gambar 8: Contoh tumbuhan menjalar


Untuk memberi pendedahan  kepada pembaca yang dimuliakan ,   di bawah ini di sajikan berbagai jenis   tanaman hiasan  menarik di Cameron Highlandas
































































































































































Bagaimana ?  tentu anda merasa puas menghayati ALAMTANI MODEN......JUMPA LAGI

3 comments:

  1. puas...cuma x nama pokok tu..boleh admin dapatkan nama-nama pokok untuk rujukan bersama kawan-kawan lain..tq

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Rambang mata tengok.. murah daripada harga di kuching...

    ReplyDelete