Home » »

Written By Idris on Monday 14 December 2015 | 15:02


TRAKTOR EMPAT RODA  
                    
PENERANGAN :

1.    Traktor Empat Roda.

Traktor merupakan sejenis jentera yang digerakkan oleh enjin dan direka untuk melakukan pelbagai jenis kerja ladang melalui penggunaan pelbagai alat implemen.

Traktor pertanian kini mempunyai ciri-ciri yang memudahkan dan meningkatkan kecekapan bekerja seperti stereng berkuasa, brek berkuasa, penyangkut 3-penjuru, berbagai jenis sistem penghantaran kuasa, aci sadap kuasa (pto), ruang pemandu berhawa dingin dan lain-lain.

1.1      Jenis  Traktor Empat Roda

Jenis traktor yang digunakan untuk pertanian bergantung kepada jenis kerja yang perlu dilaksanakan:-

                          i.  Traktor Beroda Rantai Atau Trek

Traktor jenis ini biasanya berkuasa tinggi dan digunakan untuk melaksanakan kerja berat di ladang. Ianya berkeupayaan untuk menarik alat implemen yang besar seperti bajak lima alur dan sebagainya.

Terdapat dua jenis traktor beroda rantai iaitu:-

a)     Trek  Separa

·    Terdiri daripada traktor yang diubahsuai di mana sepasang trek dipasang di bahagian belakang traktor menggantikan roda belakang.

· Traktor seperti ini mempunyai tekanan sentuhan permukaan yang rendah di mana ini akan memberikan pergerakan yang lebih baik pada permukaan tanah yang lembut dan bermasalah.





 




b)     Trek Penuh


·   Traktor jenis ini dilengkapi dengan sepasang trek yang dipasang terus dari bahagian belakang hingga ke depan traktor.

·   Trek ini menyediakan permukaan yang luas bagi mengurangkan tekanan sentuhan permukaan.  Ini membolehkan jentera bergerak di atas permukaan tanah yang lembut serta akan mewujudkan daya tukisan yang tinggi (large traction force) untuk melakukan tugas-tugas berat seperti menolak tanah dan sebagainya.

                       ii. Traktor Beroda Berat

Traktor yang berkuasa tinggi (sehingga 500 kk) serta untuk kegunaan kerja lebih berat.  Traktor jenis ini biasanya dilengkapkan dengan roda getah berkembar. Ianya berkeupayaan untuk menarik implemen lebih besar untuk kegunaan di ladang-ladang yang besar seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.


                      ii.       Traktor 4 Roda Kegunaan Am

a.    Traktor jenis ini merupakan traktor empat roda berkuasa sederhana yang berjulat antara 15 kk hingga 100 kk.

b.    Traktor jenis ini boleh digunakan dikebanyakan ladang serta paling biasa digunakan pada masa kini.

c.    Traktor jenis ini juga dilengkapkan dengan pacuan dua atau empat roda, stereng berkuasa dan sebagainya.

d.    Rekabentuk dan binaan traktor juga adalah pelbagai, mengikut jenis tugas yang dijalankan seperti untuk kegunaan dusun, sawah, di bawah struktur dan sebagainya.

e.    Penghantaran kuasa secara terus melalui cekam dan kotak gear. Penyambungan implemen biasanya menggunakan drawbar dan penyambungan 3-penjuru. Traktor ini juga dilengkapkan dengan aci sadap kuasa (pto) untuk kegunaan implemen yang memerlukan kuasa putaran seperti alat pemotong rumput dan pembajak putar.

f.     Traktor jenis ini boleh menjalankan berbagai kerja di ladang seperti membajak tanah, membaja, menyembur racun, merumput, pengangkutan dan sebagainya, apabila disambungkan dengan implemen berkaitan.




Gambar 1: Traktor empat roda kegunaan am



1.2  Pengenalan Kepada Jenis-jenis Implemen

1.2.1.   Pembajak

i)         Bajak Piring (Disk Plough)

Bajak piring terdiri dari beberapa piring besi yang cengkung dan berat,       bergaris pusat 60 – 70 cm. Ianya berfungsi untuk memotong, mengangkut sambil memecahkan tanah dan seterusnya membalikkan hirisan alur atau tanah yang dipotong.

                   Bajak piring sesuai digunakan di kawasan-kawasan:

a.    Tanah yang melekat-lekat dan lembut di mana ianya sukar dibalik oleh bajak
 sepak.
b.    Tanah keras dan kering di mana alat pembajak sepak sukar untuk menembusinya.
c.    Tanah-tanah yang berbatu, kasar dan yang mengandungi akar-akar.
d.    Tanah gambut di mana bajak sepak sukar untuk membalikkannya.
e.    Tanah yang banyak sisa tanaman atau jerami dipermukaan.
f.     Untuk pembajakan yang dalam.


Rajah 3; Bajak piring tiga alur



Draf bajak piring adalah kurang dari bajak sepak apabila membajak pada keadaan yang sama dan membalikkan isipadu tanah yang sama.

                       iii.              Penggembur

Bajak putar mengerjakan tanah melalui tindakan pukulan pisau yang berputar laju yang dipusingkan oleh kuasa Power Take Off (PTO) traktor.

         Tujuan utama pembajakan menggunakan bajak putar ialah:

a)    Menggemburkan tanah dengan cepat dan lebih halus
b)    Mengawal rumput rumpai
c)    Mencampurkan sisa-sisa tanaman dan baja pada tanah
d)    Digunakan sebagai pembajak di antara batas-batas tanaman
              

Rajah 4: Pembajak Putar 






                
1.2.2 Implemen Pembajakan Sekunder

                 i.    Bajak Harrow (Harrow)

Bajak harrow ialah sejenis alat pembajak yang digunakan untuk mengawal rumput-rumpai, memotong dan menggaulkan jerami atau sisa tanaman dan juga meratakan permukaan tanah serta memecahkan ketulan-ketulan tanah.  Biasanya digunakan selepas bajak piring atau diperingkat akhir penyediaan tanah untuk menghasilkan kegemburan yang lebih halus.

Terdapat 3 jenis bajak harrow iaitu:

a.    Harrow Piring (Disc harrow)

Harrow piring merupakan alatan yang mengandungi beberapa siri piring cekung yang bersambung kepada sebatang aci.  Ianya amat sesuai digunakan di kawasan berbatu dan berakar kerana piring tersebut boleh berpusing mengatasi halangan.  Harrow piring terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu:-

·         Harrow tindakan sehala (single action disc harrow)
Mempunyai dua kumpulan piring-piring yang di tempatkan dihujung yang membalikkan tanah-tanah arah berlawanan dan keluar dari kiri ke kanan dari arah tarikan traktor.

·         Harrow tindakan dua hala (double action disc harrow)
Harrow tindakan dua hala mempunyai tambahan dua siri piring yang akan membalikkan semula tanah ke tengah sebagai tindakan kedua.  Oleh itu keadaan itu dapat menghasilkan tanah yang lebih gembur.

·         Harrow Jenis Piring (Tandem disc harrow)
Harrow jenis piring mempunyai dua siri piring yang bertindak pada kedudukan yang tidak selari dengan pergerkan traktor.  Satu siri piring akan membalikkan semula ke kiri iaitu bertindak dua hala.  Ianya selalu digunakan pada tanah yang sukar dibajak oleh alat-alat jenis lain.



 Rajah 6: Single action disc harrow

Terdapat perbezaan di antara bajak piring dengan harrow piring.  Perbezaan yang nyata di antara kedua-dua ini ialah:

a.    Rekabentuk.  Rekabentuk untuk bajak piring lebih tegap dan teguh.
b.    Susunan piring.  Susunan piring bagi bajak piring lebih jarang
c.    Saiz piring.  Bajak piring mempunyai saiz piring yang lebih besar.

  b)   Harrow jenis paku (Spike tooth harrow)

Harrow jenis paku digunakan untuk kerja-kerja penyudahan tapak semaian atau tanaman dengan merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah.  Ianya amat berkesan untuk membunuh rumpai kecil yang baru tumbuh dan juga sesuai  untuk menutup biji benih yang ditanam secara tabur.  Ianya diperbuat 10 hingga 15cm lebar dan mengandungi 25, 30 atau 35 gigi samada diikat dengan skru atau dikimpal terus pada bar galang pada kedudukan yang berperingkat-peringkat.

 c)   Harrow jenis pegas (Spring tooth harrow)

Harrow jenis Pegas lebih kurang sama dengan spike-tooth harrow tetapi mempunyai besi panjang dan bengkok yang diperbuat dari besi pegas (spring steel) dengan ketebalan 6-8mm dan biasanya 19-25mm lebar.

Alat ini sesuai untuk permukaan yang kasar, keras dan berbatu.  Alat ini boleh menembusi permukaan tanah lebih dalam dari harrow jenis paku di mana akar-akar dapat ditarik keluar ke permukaan tanah.                                                                




ii)      Pembatas (Ridger)


Pembatas digunakan untuk membalikkan tanah untuk dijadikan batas (bedding) atau untuk membuat alur di antara batas.  Mata alat berbentuk “V” dan bilangannya sama ada dua atau tiga alur yang boleh dilaraskan jaraknya mengikut lebar batas yang hendak dibina.



 Rajah 10 : Pembatas


iii      Penggembur / Pencakar (Cultivator)

Rekabentuknya hampir serupa dengan bajak pahat tetapi ianya tidak sekukuh bajak pahat dan digunakan untuk kedalaman 15 – 23cm atau dipanggil pembajakan sub permukaan.  Kebaikan menggunakannya ialah:

a.    Menambah kapasiti penyerapan air
b.    Mengurangkan larian permukaan
c.    Mengurangkan hakisan air dan angin
d.  Mengurangkan kadar pemeluhwapan permukaan
e.    Membunuh rumpai

Terdapat 3 jenis penggembur iaitu:-

·                  Rigid-tined cultivator
Mempunyai pencakar yang tebal dan bengkok di hujung dan diikat dengan skru pada bingkai. Sesuai untuk tanah keras dan kedalaman yang agak dalam.

·                  Penggembur Bergigi Pegas Sangkut (Spring-mounted tined cultivator)
Ianya hanya ubahsuai dari rigid tined cultivator iaitu penambahan spring di pangkal.  Ini bertujuan untuk keselamatan dan dapat mengatasi halangan.  Dengan adanya spring ini, maka akan membuatnya bergetar untuk menolong pemecahan tanah.

·                  Penggembur Bergigi Pegas (Spring tined cultivator)
Mempunyai pencakar yang lebih tipis dan ianya sama ada berbentuk C atau S.  Rekabentk yang sedemikian rupa akan membuatnya bergetar dan dapat menolong pemecahan tanah.  Ianya sesuai untuk tanah yang tidak berapa keras dan mempunyai halangan.





Rajah 11 : Rigid tined cultivator



v)      Penghampar plastik silvershine
Penghampar plastik silvershine digunakan untuk menghampar plastik             silvershine di atas  batas (bedding) yang telah dibina dan membuat alur di antara serta menutup plastik silvershine di kiri kanan batas. Mata alat berbentuk disk di kiri kanan batas  boleh dilaraskan jaraknya mengikut lebar batas dan kedalaman alur  yang dibina.




1.3                  Kaedah memasang implemen kepada traktor empat roda
  Kerja memasang implemen biasanya dilakukan oleh dua orang. Walau bagaimanapun,
  kerja ini boleh dilakukan bersendirian jika peraturan dan langkah-langkah pemasangan
  dilakukan diikuti dengan betul.

1.3.1                   Langkah-langkah sebelum memasang implemen :

                              i.    Pastikan implemen adalah dalam keadaan stabil dan tidak mudah terjatuh. Implemen perlulah mempunyai penongkat.

                             ii.    Implemen perlulah diletakkan di atas tanah yang rata dan lapang supaya traktor mudah diundur apabila hendak memasang implemen.

                            iii.    Pastikan tiada bahagian-bahagian yang longgar atau rosak sebelum implemen dipasang.

1.3.2  Kaedah memasang implemen pembajak, penggembur dan penghampar  plastik silvershine kepada traktor 4-roda :

                          i.     Letakkan implemen yang hendak dipasang pada penyangkut tiga mata di tempat yang rata supaya kedudukan aci melintangnya adalah  rata. Undurkan traktor perlahan-lahan hingga kedua-dua lengan bawah bersentuh dengan aci melintang alat itu.

                      ii.          Masukkan dahulu lengan kiri ke dalam aci melintang dengan cara menyesuaikan kedudukan lengan kanan. Penyesuaian ini dapat dilakukan dengan menggerakkan tuil penyesuaian pada batang penyangkut lengan kanan.

                     iii.          Masukkan pula lengan kanan ke dalam aci melintang dengan cara yang sama seperti di atas.

                     iv.          Setelah itu sambungkan lengan atas pada penyambung atas alat itu.


                      v.       Setelah ketiga-tiga lengan dipasangkan, angkatkan penyangkut tiga mata bagi menentukan kedudukan aci melintang adalah seimbang.

1 comments:

  1. Saya ingin berbagi kesaksian tentang bagaimana layanan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman 2,000,000.00 USD untuk membiayai proyek pertanian ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk membagikan perusahaan pendanaan yang sah ini kepada siapa pun yang mencari cara untuk memperluas bisnisnya project.the company adalah perusahaan pendanaan UK / USA. Siapa pun yang mencari dukungan keuangan harus menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Bpk. Benjamin juga menggunakan whatsapp 1-989-394-3740 untuk mempermudah segala pemohon.

    ReplyDelete