Home » » CARA MENYEDIA MIKRO ORGANISMA (IMO)

CARA MENYEDIA MIKRO ORGANISMA (IMO)

Written By Idris on Friday 13 December 2013 | 04:24







Pengenalan kepada indigenous micro organism (IMO)

IMO ialah sekumpulan mikroorganisma yang hidup berkelumpok di suatu tempat. Ianya hidup harmoni di dalam tanah. Proses akativiti mikroorganisma di dalam tanah secara tidak langsung membekalkan makanan dan memberi perlindungan kepada serangga dan binatang kecil yang lain disekitarnya. IMO tempatan boleh dikumpul dan dibiak dan berguna untuk memperbaikai dan memelihara tanah. Mikrorganisma ini boleh dibiak melalui beberapa kaedah, antaranya proses penyediaan dari  IMO 1 hingga IMO 5.   IMO 4   boleh digunakan dalam penyediaan kompos dengan lebih cepat ( 3 minggu)
Mula-mula saya akan menerangkan  bagaimana untuk menyediakan IMO 1.

             Penyediaan IMO


1.    Sediakan bahan dan alat  seperti  Nasi sejuk (semalaman),  bekas kayu/ bekas plastik, kertas putih , tali  / gelang getah. 
2.    Nasi sejuk diisi kedalam bekas kayu/plastik ukuran dalam 3.5 cm
3.    Tutup dengan kertas majung dan diikat kemas dengan tali .
4.    Letakkan bekas ini di bawah pokok buluh
5.    Tutup lagi dengan plastik dan biarkan selama 2 malam .

6.    Elakkan dari terkena hujan. Selepas 2 malam nasi akan diselaputi dengan miselium berwarna putih yang  dinamakan IMO 1.



0 comments:

Post a Comment