Home » »

Written By Idris on Saturday 8 August 2015 | 18:49




Tujuan  pemuliharaan tanah


a)  Mengurangkan ketoksikan nutrien tertentu kepada tanaman
b) Meningkatkan aktiviti mikroorganisma di dalam tanah
c)  Memperbaiki keadaan fizikal tanah (struktur yang lebih baik)
d)  Meningkatkan pengikatan nitrogen simbiotik oleh legum
e)  Membekalkan sumber nutrien kepada tanaman
f)  Meningkatkan keupayaan pengambilan unsur oleh tanaman

   Kaedah pemuliharaan kesuburan tanah

1.    Tanah Masam / Asid Sulfat

§  Pengaporan tanah pada kadar 5 tan/ha di peringkat awal; dan buat semakan pH dan tambah secara berkala (6 bulan sekali) mengikut jenis tanaman
§  Bina ban dan pintu kawalan air untuk elakan air masin/payau masuk ke kebun
§  Buat flushing buang air berkarat/ berasid dengan air tawar atau ketika musim hujan (keadaan air yang banyak)
§  Pilih tanaman yang tahan dengan keadaan tanah yg terlampau berasid, kekurangan unsur makro dan mikro seperti kelapa sawit dan padi

2.    Tanah Gambut

§  Penanaman menggunakan kaedah lubang di dalam lubang
-   Ia dibuat dengan menggali dahulu lubang pertama yang besar diikuti menggali lubang kedua di dasarnya untuk mengelakkan pokok tumbang akibat tanah gambut reput
§  Disegi pembajaan, tumpuan diberi kepada zat-zat pemakanan makro dan mikro seperti kuperam, boron dan zinkam.
§  Disebabkan tanah gambut terlalu masam, maka pengapuran dengan abu atau kapur pertanian GML adalah perlu dengan kadar mengikut jenis tanaman biasanya pH di antara 5.5-6.5 untuk tumbuh dengan baik.
§  Pilih tanaman yang sesuai dengan tahun-tahun permulaan jenis-jenis tanaman jangka pendek seperti jagong, ubi kayu, kacang tanah, sayur-sayuran, nenas, tembakau dan lain-lain. Tanaman jangka panjang adalah terhad.
§  Tanaman Penutup bumi untuk mengurangkan suhu di permukaan gambut yang akan mernyebabkan gambut menjadi kering dan berdebu.
§  Membekalkan  baja  dalam dalam jumlah yang sedikit tetapi kekerapannya ditambah disebabkan oleh proses pengikatan baja oleh gambut.

3.    Tanah Bris / Tanah Bekas Lombong

§  Membekalkan baja pada kadar yang lebih tinggi dibandingkan dengan tanah mineral tetapi dibubuh sedikit-sedikit / kerap kerana larut resapnya tinggi
§  Menggunakan bahan sungkupan seoperti jerami padi dan lalang untuk mengekalkan kelembapan tanah dan mengurangkan proses penyejatan disebabkan oleh suhu permukaan tanah yang agak tinggi
§  Membekalkan baja organan seperti tinja haiwan dan sisa tumbuhan untuk meningkatkan kadar pertukaran kation tanah
§  Sistem pengairan seperti percikan atau  titisan mestilah disediakan bagi mengatasi masalah kekurangan air 

Menanam tanaman penutup bumi seperti tananan kekacang untuk mengurangkan suhu permukaan tanah yang agak tinggi

0 comments:

Post a Comment