Home » »

Written By Idris on Sunday 13 September 2015 | 18:09





RAHSIA HALIA

Dalam Al Quran, Allah berfirman menceritakan tentang minuman halia kepada penghuni syurga Allah, maksudnya. " Mereka (orang yang bertakwa di dalam syurga ) diberi minum segelas air yang bercampur dengan Halia." (Surah Al - Insan : 17).

         Nabi S.A.W juga gemar makan halia. Sebuah hadis bersumber daripada Abu Said al Khudri menyebut bahawa " Raja Rom pernah menghadiahkan satu takar kecil halia kepada Rasullah s. a. w/ lalu baginda memakannya dan diberikan juga kepada sahabat yang ada bersamanya. "

Khasiat Halia:

Terdapat  pelbagai jenis halia. Ada yang bewarna kuning dan merah. Sebaik-baik halia ialah halia merah ( halia bara). Di antara khasiat halia ialah :


      




1. Menyegarkan dan menguatkan urat saraf

2. Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak

3. Membetulkan perjalanan darah dalam tubuh

4. Menguatkan ingatan


Cara Memakan Halia :


  • Hiris atau tumbuk dan masukkan ke dalam masakan
  • Jadikan  manisan (halwa) dan  makan di waktu pagi. Ia amat mujarab bagi mengatasi penyakit lupa.
  • Rebus dan minum airnya. Untuk rasa enak tambah sedikit gula dan susu mengikut rasa.
  • Tumbuk dan hancurkan dan rendam dengan air panas.
  • Minum dalam keadaan panas atau suam
  • Jangan dicampur ais


Rujukan :
1. Panduan Mencerdaskan Minda - Siti Nor Bahyah       Mahmood



0 comments:

Post a Comment