Home » »

Written By Idris on Friday 20 June 2014 | 06:29

  



Kaedah  merawat buah-buahan

Betik

            i.        Rawatan Air panas

Buah betik direndam dalam air panas pada dua peringkat suhu.
Peringkat pertama,
Buah betik direndam selama 30 minit di dalam air suam bersuhu 42 oC.
Peringkat kedua:
Buah betik direndam selama 20 minit di dalam air bersuhu 49 oC.
Kemudian betik disejukkan di dalam air yang mengalir selama 20 minit.

           ii.        Rendaman racun kulat

Kawalan penyakit akan lebih berkesan apabila betik direndam dalam racun kulat seperti propikonazol (250 bpj, 5minit), atau prokloraz (200 bpj, 2 minit). Jumlah racun kulat boleh ditingkatkan sehingga 500 bpj tetapi masa merendam disingkatkan kepada 2 minit sahaja. Rawatan ini dapat mengawal penyakit semasa penyimpanan terutama bintik berpusar (antraknos – penyebab penyakit kulat Colletotrichum) dan busuk pangkal.

Mangga

            i.        Rendaman racun kulat

Untuk mengawal penyakit bintik berpusar semasa penyimpanan dan pemasaran, buah mangga perlu direndam di dalam larutan racun kulat seperti ampaian benomil yang mengandungi 800 ug/mL bahan aktif selama 5 minit pada suhu 52 oC. Buah kemudian dikeringkan sebelum digred dan dibungkus.


0 comments:

Post a Comment