Home » » CARA MELUPUS BEKAS PERTANIAN

CARA MELUPUS BEKAS PERTANIAN

Written By Idris on Thursday 19 June 2014 | 06:30




CARA MELUPUS BEKAS INPUT PERTANIAN 

1.    PENDAHULUAN
Pelupusan bekas input pertanian merupakan satu aktiviti penting dilakukan  oleh  semua petani dan pengguna racun tersebut. Bekas ini merupakan satu bentuk kontena yang lazimnya  dibuat daripada bahan plastik atau kaca yang cantik dan ada yang agak menarik.  Di kawasan luarbandar, orang biasa sering menggunakan bekas ini sebagai bekas air atau untuk kegunaan lain.
        Sebenarnya bekas input pertanain merupakan  bahan buangan terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bekas racun perosak yang perlu dilupuskan di pusat pelupusan dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Bekas racun adalah satu punca pencemaran dan boleh memudaratkan manusia, haiwan dan organisma bukan sasaran.
             Pelupusan bekas input pertanian  menggunakan sarung tangan getah, goggle, kereta sorong, penutup hidung dan mulut ,air , pisau dan parang , cangkul dan paip getah  supaya  bekas input pertanian dikumpul, dilupus dengan menanam  , membakar dan dilakukan  mengikut  kaedah pelupusan yang ditetapkan dalam amalan pertanian baik (APB).

2.    DEFINISI  PELUPUSAN BEKAS INPUT PERTANIAN

Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan merekod mengikut kaedah yang ditetapkan.
            Mengikut Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Pertanian, definisi  pelupusan bekas input Pertanian Ialah satu proses membilas bekas input pertanian yang  kosong sebanyak  tiga kali untuk menghapuskan segala kesan bahan kimia.  Kemudian bekas tersebut dibuka penutup, dibocorkan dan dimenyekkan (dikemekkan) semua bekas yang telah dibilas untuk menghalang penggunaan tanpa kebenaran atau jika boleh bekas tersebut dipulangkan kepada pengilang atau pembekal.


3.    TUJUAN    DAN KEBAIKAN  MELUPUSKAN BEKAS INPUT PERTANIAN
                i.        Memastikan jambatan kerajaan atau puhak swasta  tidak menyimpan aset yang tidak boleh diguna atau tidak diperlukan
           ii.        Menjimat ruang simpanan/pejabat
          iii.        Mendapat hasil pulangan yang terbaik
            iv.        Menggelakkan  pencemaran yang  boleh memudaratkan manusia, haiwan dan organisma bukan sasaran.

4.    FUNGSI  PELUPUSAN
Pelupusan bekas  input pertanian ( bekas racun perosak) dijalankan dengan teliti  dengan panduan khusus. Membilas bekas input pertanian  yang habis digunakan adalah cara paling baik  untuk memudahkan bekas dibersihkan. Bergantung kepada jenis bekas input pertanian digunakan, bekas boleh dibilas dengan air bersih mengalir secara manual atau menggunakan mesin pembilas bertekanan tinggi. Semasa membuat bilasan, pastikan kita memakai jenis pakaian pelindung yang sesuai supaya tidak terkena percikan sisa racun yang dibilas. Prosedur membilas mestilah sekurang-kurangnya 3 kali bilasan.

4.1      Justifikasi pelupusan :

                    i.  Bekas yang mengandungi input yang telah usang/obsolete .
                   ii.  Bekas yang mengandungi input yang telah rosak dan tidak boleh digunakan
                  iii.  Bekas yang mengandungi input yang telah luput tempoh penggunaan
                  iv.  Bekas-bekas racun perosak ( Racun serangga/racun rumpai).
                  v.  Bekas/kampit  baja
                 vi.  Bekas-bekas input yang tidak diperlukan lagi.
                vii.  Bekas yang mengandungi input pertanian yang tidak digunakan lagi, disebabkan oleh perubahan teknologi.

5.    JENIS- JENIS (CARA) PELUPUSAN BEKAS INPUT PERTANIAN

5.1 Jenis-jenis (cara ) pelupusan bekas input pertanian adalah  bergantung kepada jenis bekas . Biasanya bekas input pertanian terdiri dari :
                      i.    Bekas kaca
                     ii.    Besi/ keluli/ aluminium
                    iii.    Bekas plastik
                    iv.    Bekas kertas  

Terdapat 3 cara untuk melupuskan bekas input pertanian :
                    i.      Tanam dalam tanah
                   ii.      Kitar Semula
                  iii.      Bakar (Tidak digalakkan)

i.              Tanam dalam tanah
• Lubang mestilah kering
• Lubang ini mestilah dalam: > ½ meter dari permukaan.
• Semua bekas mesti dibilas 3X dan ditebuk  lubang/diremukkan, kecuali bagi bekas aerosol.
 Jadual 1: Menunjukkan bahan aktif yang terdapat dalam 1oz (28.3495 gram) cecair yang masih
   tertinggal di dalam bekas 20 liter selepas pembilasan.
                                           

ii.            Kitar Semula
• Bekas input pertanian boleh dihantar ke pusat pengumpulan, sekiranya ada kemudahan kitar semula (recycle) seperti  yang dijalankan dalam program mengurus bekas racun  perosak iaitu melalui proses 3 kali bilas  seperti yang terdapat di Johor, IADP Barat Laut Selangor  dan  di Cameron Highlands.
• Usaha untuk mengitar semula (recycle) bekas2 racun perosak perlulah dimulakan sekarang. Hanya bekas-bekas  yang telah di bilas sebanyak 3 kali  saja boleh dihantar ke pusat pengumpulan di peringkat kawasan sebelum di hantar ke kilang untuk dikitar semula. Rujuk gambar 2: Bekas input pertanian yang dikumpul untuk dikitar semula.
   
                                  
 iii. Bakar ( Cara ini tidak digalakkan)
• Bersih dahulu  bekas  dengan cara bilas 3X
• Api dinyalakan di dalam lubang yang terletak  lebih 30 m jauh dari  rumah  atau tempat  orang ramai.
• Seorang pekerja perlu ada bagi  memastikan pembakaran adalah sempurna
• Timbus dengan tanah
iv. Secara Insinerate
• Hanya terdapat satu pusat pelupusan bahan  terjadual – Kualiti Alam di Bukit Nanas
• Memerlukan logistik
• Kos  adalah mahal
 Kesimpulan


• Aktiviti pelupusan racun perosak dan bekas yang dikendalikan secara teratur perlu  dijadikan sebagai    salah satu agenda utama  yang diperlukan dalam menyempurnakan Amalan Pertanian Baik (GAP). 

0 comments:

Post a Comment