Home » »

Written By Idris on Wednesday 16 April 2014 | 00:21





MENGENAL RACUN MAKHLUK PEROSAK


 PENGENALAN

Racun perosak adalah satu agen pembunuh perosak. Istilah ini merujuk kepada satu atau lebih bahan yang dirumus dan digunakan untuk memusnahkan sesuatu jenis perosak tertentu secara meluas

Definisi racun perosak

Racun perosak boleh didefinisikan sebagai apa-apa bahan yang digunakan untuk mengawal, menghalang, memusnah, menolak atau mengurangkan populasi perosak.

 Jenis-jenis racun perosak

i.              Racun kulat

Racun kulat adalah bahan yang berupaya untuk mengawal, mencegah atau memusnah penyakit yang disebabkan oleh kulat. Racun kulat boleh diklasifikasikan dengan 2 cara.

a.    Klasifikasi melalui unsur kimia semulajadi.

Dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu organik dan bukan organik.

·         Kumpulan organik ialah kesan tinggi pada kadar yang rendah, aktiviti sisabaki yang lama dan selamat kepada tanaman, haiwan dan alam sekitar. Pada amnya ia diurai oleh mikro organisma dan tidak meninggalkan kesan toksik.

·         Kumpulan bukan organik terhasil daripada unsur sulfur atau garam galian dan tidak mengandungi karbon. Pada amnya ia stabil, tidak larut dalam air dan kekal.

b.    Klasifikasi melalui cara tindakan.

Boleh dibahagi kepada 2 jenis.

·         Racun kulat bersifat mengawal tidak menyerap ke dalam tanaman. Apabila disembur ia akan membentuk lapisan pada permukaan tanaman dan biji yang membunuh spora kulat semasa bercambah.

·         Racun kulat bersifat membunuh akan membunuh kulat yang menyerang tanaman. Penyakit kulat hanya boleh dirawat diperingkat awal serangan.

ii.            Racun serangga

Racun serangga adalah bahan kimia yang berupaya untuk memusnah, mengurang atau menolak serangga dan nematod. Racun serangga boleh diklasifikasikan kepada kumpulan utama mengikut punca racun dan cara bertindak.



a.    Klasifikasi mengikt punca racun

·               Kumpuan bukan organik dihasilkan daripada sumber asli dan tidak mengandungi karbon. Ia stabil, tidak meruap dan selalunya larut dalam air. Kebanyakan adalah kekal. Arsenik, cynide, raksa dan thalium adalah racun. Contoh racun bukan organik ialah boric acid, copper oxychloride, copper sulphate dan sebagainya.

·               Kumpuan organik adalah racun buatan manusia yang mengandungi karbon, hidrogen, dan satu atau lebih element lain seperti chlorine, oxygen, sulfur, phosphorus dan nitrogen. Kumpulan utama adalah seperti berikut :

§  Botanik
Racun serangga semulajadi yang dihasilkan daripada bahan tanaman yang juga dikenali sebagai racun sintetik.

§  Organo-keloran
Contoh racun adalah BHC, DDT, Chlordane dan Heptachlor

§  Organo-fosfat
Contoh racun adalah Diazinon, Monocrotophos, Malathion dan Acephate

§  Karbamat
Contoh racun adalah Carbaryl, Carbofuran, Propoxur dan Methiocarb

b.    Klasifikasi mengikut cara bertindak

Apabila racun mengenai atau memasuki tubuh serangga ia akan segera bertindak. Kesan tindakan dapat dilihat seperti kematian, sakit, berubah perilaku, pembesaran, metabolisma atau keupayaan membiak. Contoh cara tindakan racun adalah seperti berikut :

·         Sentuh
Racun akan memasuki kedalam tubuh serangga apabila terkena mana bahagian serangga. Contoh racun bertindak sentuh ialah Carbaryl, Dimethoate, Cypermethrin dan lain-lain

·         Perut
Racun akan bertindak apabila serangga memakan racun ini. Ia akan merosakkkan saluran penghadaman. Contoh racun perut ialah Chlopyrifos, Penthoate, Cypermethrin, Malathion dan lain-lain.

·         Sistemik
Racun akan menyerap ke dalam bahagian tanaman dan bertindak ke atas serangga yang memakan atau menghisap cecair tanaman. Contoh racun sistemik ialah Carbofuran, Dimethoate, Diazinon dan lain-lain



·         Wasapan
Racun dalam bentuk gas, asap atau wap akan bertindak memasuki sistem pernafasan dan membunuh serangga. Sesuai digunakan untuk mengawal perosak dalam bangunan, di dalam tanah dan sebagainya. Contoh racun wasapan ialah Methyl bromide, Aluminium phospide, Formaldehyde dan lain-lain.

                                                                                                                                                              
iii.           Racun rumpai

Racun rumpai ialah bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau mengganggu pertumbuhan normal tanaman.


a.    Cara racun rumpai bertindak

·         Memilih – racun bertindak ke atas rumpai tanpa menjejaskan tanaman.
·         Tidak memilih –  bertindak ke atas semua jenis tanaman dan rumpai
·         Sentuh – bertindak ke atas semua tanaman yang terkena semburan
·         Sistemik – racun akan diserap oleh akar atau bahagian atas tanaman dan disebar keseluruhan bahagian tanaman.
·         Pra-cambah (sentuh) – digunakan selepas menanam dan sebelum tanaman bercambah
·         Pra-cambah (sisa baki) – digunakan semasa menanam atau selepas bercambah. Racun membunuh rumpai di peringkat biji benih dan biji benih bercambah
·         Selepas cambah – digunakan selepas tanaman bercambah


iv.           Racun tikus

Tebahagi kepada 2 kumpulan mengikut cara  bertindak.

a.    Bertindak cepat

Racun akan segera membunuh tikus apabila dimakan.
Contoh racun : Zinc phoshide, Calcium cynide


b.    Bertindak lambat


Racun ini tidak ada rasa, bau, tidak mengeluarkan gas busuk, tidak menyebabkan tidak selesa makan dan tidak menyebabkan penolakan umpan. Racun perlu dimakan berulang kali kerana racun akan bertindak perlahan-lahan. Racun akan menghalang pembekuan darah. Tikus akan mati 7 hari selepas memakan racun. Contoh racun : Warfarin, Brodifacoum dan Coumatetralyl. 

0 comments:

Post a Comment