Home » » Nanoteknologi

Nanoteknologi

Written By Idris on Wednesday 30 April 2014 | 14:08



Mengikut Prof Dr. Saifollah Abdullah dan Dr. Mohamad Rusop,  Pensyarah dan penyelidik Nanoteknologi di UiTM Shah Alam , idea nanoteknologi telah diutarakan lebih 50 tahun yang lalu oleh seorang ahli fizik, Richard Feyman. Walau bagaimanapun idea ini telah mendapat perhatian semula pada awal tahun 1991, dengan penemuan tiub karbon bersaiz nano oleh saintis dari Jepun, Sumio Iijima. Nanoteknologi merupakan kajian dan pemfabrikasian peranti pada skala nanometer iaitu satu per bilion meter pada ukuran panjang. Nanoteknologi dijangka digunakan secara meluas menjelang 2015. Berbagai industri akan mendapat manfaat dari nanoteknologi misalnya farmaseutikal, teknologi maklumat dan komuniasi (ICT), elektronik dan tidak terkecuali bidang pertanian. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang rancak mempergiatkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) mestilah memanfaatkan bidang nanoteknologi ini. Bagi sebuah negara yang ingin menjadi cemerlang dan gemilang ia tidak harus ketinggalan dalam membangunkan infrastruktur penyelidikan dalam bidang nanoteknologi dan memberi perhatian khusus setanding dengan negara-negara lain. Malaysia yang kini sedang memberi tumpuan dalam bidang pertanian dan industri asas tani dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mestilah memanfaatkan teknologi ini. Nanoteknologi dijangka banyak memberi manfaat dalam bidang ini meliputi bidang penanaman dengan penghasilan baja dan zat penggalak, sistem kawalan menggunakan nanoteknologi, keselamatan makanan, sistem kawalan penyakit, kawalan alam sekitar dan lain-lain.
     Sebagai contoh Buah kiwi boleh tahan selama 8 bulan apabila disimpan di dalam suhu 11 darjah Celsius dan di bekalkan dengan air yang bersaiz nano.



Sumber http://www.majalahsains.com/2010/01/nanoteknologi-mampu-tingkatkan-hasil-pertanian/

0 comments:

Post a Comment