Home » » MANUAL PEMBIAKAN TANAMAN

MANUAL PEMBIAKAN TANAMAN

Written By Idris on Wednesday 20 November 2013 | 19:47






MANUAL PEMBIAKAN TANAMAN



PEMBIAKAN BIJI BENIH SAYUR SAWI.

1.       Sediakan media campuran mengikut campuran yang diperkenalkan oleh Jhon Innes

2.       Bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik (tinja haiwan) dan pasir sungai.

3.       Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat,

                                  I.            Mengekalkan kelembapan media

                                II.            Membaiki struktur tanah dan saliran

                              III.            Mengurangkan kepadatan tanah

                             IV.            Bebas dari bahan kimia

4.       Nisbah media semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1
       pasir sungai

5.       Semua bahan hendaklah ditapis dan digaul sehingga rata

6.       Setelah media semaian tersebut siap digaul dengan sebati, masukkan media tersebut
       ke dalam tray berbilang sel.

7.       Kemudian semai benih sawi sebanyak 2 butir benih tiap-tiap lubang tray.

8.       Setelah siap, siram benih tersebut dengan air sehingga tepu
      (mengeluarkan air dari lubang bawah tray.)

9.       Dan letak dibawah rumah teduhan semaian.



PEMBIAKAN TUT PADA POKOK LIMAU MANIS.

1.       Rendam media jiffy-7 kedalam air.

2.       Pilih dahan yang sihat dari pokok bersaiz diantara 1-12 cm garisan pusat

3.       Buat kelaran pada dahan tersebut sepanjang 1⅟2 – 2 cm panjang dan buang kulitnya

4.       Kikis pelahan selaput kambium bagi menghilangkan floam. Kemudian sapukan 
       hormon pengakaran pada bahagian atas kelaran dahan tadi.

5.       Setelah media jiffy-7 kembang, belah setengah sahaja media tersebut.

6.       Tekapkan media tersebut pada kelaran tadi,gunakan pembalut dan balut media 
       tersebut  supaya kemas pada kelaran tadi.

7.       Ikat pada setiap hujung atas dan bawah gumpalan media tadi dengan tali.

8.       Proses pengakaran bagi pokok limau manis diantara 12 – 2 bulan



0 comments:

Post a Comment