Home » » TUJUAN SEBENAR PEMANGKASAN TANAMAN

TUJUAN SEBENAR PEMANGKASAN TANAMAN

Written By Idris on Wednesday 20 November 2013 | 20:13






















     Tujuan  pemangkasan Tanaman

a.    untuk membentuk pokok kepada bentuk struktur rangka yang dikehendaki 

                Pokok buah-buah perlu dipangkas pada peringkat awal lagi bagi
 membentuk dan mengawal ketinggian daripada menjadi terlalu tinggi supaya kerja-keja
pengurusan dapat dijalankan dengan  baik.  Pemangkasan ini akan melibatkan
 cantasan bahagian pokok bagi   mengubah bentuk rimbunan.  Dahan-dahan kecil
 yang terlalu banyak dicantas bagi  memudahkan kerja penyelenggaraan seperti
 menyembur racun, membungkus dan memetik hasil.

              Bentuk struktur rangka tanaman buah-buahan dibahagi kepada tiga iaitu
bentuk satu batang utama, bentuk terbuka tengah dan bentuk ubahsuai batang utama.

 i.  Bentuk Satu Batang Utama (Central Leader)

Pokok  mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok. Pada peringkat awal ini dahan-dahan primer yang berlebihan dan bersudut kecil  dibuang , ini bagi menggelakkan bersaing dengan batang utama.        
          Pastikan tiada cabang sehingga setinggi 1 meter dari tanah ,supaya  terdapat pengudaraan yang baik di bawah pokok dan ini akan mengurangkan kelembapan dan seterusnya dapat mengawal serangan kulat.
         Sesuai  untuk pokok yang berbuah pada dahan utama, dahan ke dua dan seterusnya. Contoh tanaman ialah durian, manggis, dan  duku langsat / dokong

ii.  Bentuk Terbuka Tengah / Rendang ( Open central)

Tujuan dibentuk menjadi   terbuka  tengah ialah :

·         Dahan   akan terdedah pada cahaya matahari, ini  boleh mengawal serangga bertelur dicelah dahan.
·         Mewujudkan suasana pengudaraan yang baik di bahagian atas dan bawah pokok .
·         Lebih banyak bahagian pokok mengeluarkah hasil
·         Menghasilkan pokok yang  rendang dan rendah bagi memudahkan kerja penjarangan bunga,  membungkus buah  dan memungut hasil
·         Pokok akan lebih seimbang

Sesuai untuk pokok yang berbunga  di hujung  ranting seperti Limau, jambu batu, rambutan, longgan, mangga, pulasan, dan ciku,

iii.  Bentuk ubahsuai batang utama  / Dahan pandu terubahsuai                      ( modified  central leader   )

Sesuai untuk pokok-pokok yang berbuah pada batang utama , dahan utama , atau kedua-duanya Contohnya : Nangka, Belimbing dan cempedak.

Tujuan  dibentuk menjadi   dahan pandu terubahsuai  ialah :

·         Merendahkan pokok bagi menyenangkan pembungkusan dan pemetikan buah.
·         Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, subur, tumbesaran yang terkawal dan produktif
.
b.        Cantasan  penjagaan / ulangan .

Dilakukan sepanjang masa  terutama  setiap kali selepas memungut hasil. Tujuannya ialah  untuk membentuk pokok supaya  berada  di dalam keadaan seimbang  dan sentiasa subur  .

0 comments:

Post a Comment