Home » » Tanah adalah sangat penting dalam hidup ini

Tanah adalah sangat penting dalam hidup ini

Written By Idris on Friday 6 January 2017 | 15:02







JENIS-JENIS TANAH


Rajah 4 : Jenis-jenis Tanah

                     i.        Siri tanah

Sistem klasifilkasi tanah di Malaysia berasaskan USDA Soil Taxonomy, yang diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Sistem FAO/Unesco Legend juga dirujuk. Di peringkat tertinggi pengelasan tanah kedua-dua sistem ini digunakan untuk memudahkan perhubungan di forum antarabangsa. Diperingkat rendah terdapat perbezaan didalam sistem pengelasan yang digunakan di Semenanjung, Sabah dan Serawak.

Susunan mengikut hireki adalah – Order, Sub Order, Sub Group, Great Group, Family dan Soil Series. Soil Series atau Siri Tanah merupakan unit pemetaan terkecil didalam sistem ini. Hireki pengelasan ini hanya digunakan oleh penyiasat tanah didalam kerja pengelasan tanah. Produk akhir iaitu peta tanah lazimnya menggunakan unit pemetaan peringkat Family dan Series sahaja. Rujuk rajah 5  : Susunan mengikut hireki






Rajah 5: Susunan mengikut hireki

Diperingkat tinggi tanah dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu:-

i.        Tanah Organik
ii.       Tanah Mineral

1.2.1.  TANAH ORGANIK

Tanah organik (atau dirujuk juga sebagai tanah gambut) berasal dari pereputan tidak lengkap bahan-bahan organik dipersekitaran yang terendam air dimana aktiviti mikrob sangat terhad. Didalam keadaan asalnya tanah ini merupakan kawasan paya yang sentiasa mempunyai paras air yang tinggi. Ditanah tinggi melebihi 1,000 m apl juga terdapat tanah gambut. Berbeza dengan tanah rendah, pembentukannya disebabkan oleh suhu yang rendah dan hujan yang tinggi mengakibatkan terdapatnya lebihan air yang disimpan berbanding dengan kehilangan air melalui sejatpeluhan. Sungguh pun begitu, gambut tanah tinggi memenuhi kawasan yang kecil sahaja.

Tanah organik adalah tanah yang mengandungi bahan organik tanah dengan ketebalannya melebihi 50 sm didalam profilnya.
                     
Bahan organik tanah ialah bahan yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 % karbon organik. Sekiranya terdapat kandungan lempung didalam bahan ini kombinasi berikut hendaklah digunakan. Rujuk rajak 4 Contoh  laporan penyiasatan tanah

1.2.2.  TANAH MINERAL

Tanah mineral ialah mana-mana tanah yang tidak dapat dikelaskan sebagai tanah organik disebabkan oleh:-
­     kandungan karbonnya yang rendah berbanding dengan pecahan lempungnya, atau
ketebalan bahan organik tanahnya nipis (<50 sm). Rujuk rajah 6:  Carta tiga segi tekstur

Tanah mineral merupakan kumpulan besar tanah mengandungi berbagai-bagai jenis tanah. Tanah ini merangkumi semua tanah sedenteri/bukit, permatang pantai, mendakan laut, aluvium dan koluvium.





Rajah 6 :Carta tiga segi tekstur

                    ii.        Kandungan


Berdasarkan kepada peratus pasir, kelodak dan lempung, suatu jenis tanah boleh dikelaskan kepada 3 kelas tekstur iaitu:-

  • Tekstur kasar
  • Tekstur Pertengahan
  • Tekstur Halus


Rajah 7:  Peratus kandungan pasir , kelodak dan liat  dalam tekstur


                   iii.        Struktur tanah

Struktur tanah merujuk kepada kumpulan semulajadi kumin-kumin tanah yang membentuk sesuatu unit tanah yang dipanggil ped. Sturktur tanah bersifat dinamik dan boleh berubah dalam masa yang singkat mengikut  i) pertukaran keadaan tanah (umpamanya kering atau basah)  ii) cara pengurusan tanah dan iii) aktiviti biologi tanah.

Struktur tanah dinyatakan melalui bentuk atau jenis, saiz dan grednya. Struktur tanah ditentukan secara mengambil sebungkah besar tanah dari sesuatu horizon di profil tertentu dan dengan sedikit tekanan untuk bungkah memecah kepada ped tertentu.

Struktur tanah yang baik mempunyai saiz dan gred yang sederhana terbentuk. Tanah dengan struktur yang besar dengan gred kuat menyukarkan pertumbuhan pokok. Manakala tanah berstruktur lemah atau tak berstruktur akan mudah terhakis sekiranya berada pada kawasan yang berbukit dan curam. Rujuk rajah 7

Gred Struktur

Gred struktur ialah darjah kekuatan yang menunjukkan paduan dan lekatan sesuatu unit tanah. Sebelum menghuraikan gred atau pembentukan struktur, pertama sekali kita perlu memisahkannya sama ada:




a.            Tiada struktur  (apedal) – tiada ped atau unit yang dapat dilihat di profil tanah. Dibahagikan kepada dua:-

i.            Butir tunggal – tanah peroi dan longgar. Contoh : tanah BRIS
ii.          Massif – biasanya mempunyai konsisten yang kukuh. Contoh : tanah-tanah paya terendam air atau tanah aluvium laut.

Menunjukan struktur (pedal) – huraian bagi gred digunakan seperti dibawah Rujuk rajah 8 : Gred Struktur Bagi Tanah Yang Mempunyai Ped




Gred Struktur


Huraian


Lemah
Ped sukar diperhatikan dan hanya susunan lemah. Jika sedikit diganggubahan tanah akan memecah kepada campuran berbagai jenis ped dan banyak bahan tanah hancur yang tiada ped

Sederhana
Ped mudah diperhatikan dan terdapat susunan yang ketara, jika diganggu bahan tanah memecah kepada beberapa ped.

Kuat
Ped jelas diperhatikan dan terdapat susunan utama. Apabila bahan tanah diganggu biasanya akan memecah kepada keseluruhan ped.
Rajah 8  : Gred Struktur Bagi Tanah Yang Mempunyai Ped

Saiz Struktur

Pengelasan saiz struktur berbeza-beza mengikut jenis struktur. Oleh itu saiz dan jenis struktur dibincangkan untuk memudahkan pemahaman. Jadual di bawah menunjukan saiz dan jenis struktur.

Jenis struktur yang asas ditakrifkan seperti berikut:-

a) Gerintil:     Speroid atau polihedron, mempunyai lengkungan atau permukaan tak seragam. Permukaan-permukaannya tidak merupakan permukaan bersama antara satu sama lain. Struktur ini banyak terdapat dilapisan atas atau horizon A tanah.

b) Berblok:  Blok atau polihedron, hampir sama dimensinya (panjang dan lebar), mempunyai permukaan rata atau sedikit bulat, yang mana permukaannya ini menjadi acuan ped sebelahnya. Dipecahkan kepada 2 iaitu:-

i.              Berblok bersegi – sekiranya muka-muka pednya berbucu bersudut tajam.
ii.            Berblok subsegi – sekiranya muka-muka pednya berbucu lebih bulat.

c) Prismatik:  Dimensi horizontalnya terhad dan memanjang secara vertikal. Muka-muka ped vertikal jelas, mempunyai muka-muka yang rata atau sedikit bulat. Struktur prismatik yang mempunyai  atas yang bulat dipanggil Kolumnar. Sungguh pun betitu struktur kolumnar mungkin tidak dijumpai di negara kita; biasanya di kawasan separa gurun yang tinggi kandungan sodiumnya.

d) Berkeping: Rata dan berlapis-lapis dengan ukuran panjang / lebar lebih daripada tebal. Rujuk rajah 8

     Kelas
Jenis atau Bentuk Struktur
Berkeping
    Prisma
   Berblok
    Gerintil
Sangat halus
        < 1
       < 10
        < 5
        < 1
     Halus
      1  -  2
    10  -  20
     5  -  10
      1  -  2
Sederhana
      2  -  5
    20  -  50
    10  -  20
      2  -  5
     Kasar
     5  -  10
  50  -  100
    20  -  50
     5  -  10
Sangat Kasar
       > 10
> 100
       > 50
       > 10


Berkeping


Kolumnar
Prisma
Berblok bersegi
Berblok subsegi
Gerintil





Rajah 8: : Saiz Struktur Mengikut Jenis (mm)





Hubungan  Struktur Tanah Dengan Penyediaan Tapak kawasan  pemasangan infrastruktur  SPH  ladang fertigasi

Struktur tanah penting kerana ia mempengaruhi regim air tanah, pengudaraan  dan juga ketumpatan pukal tanah. Tanah berstruktur baik ialah tanah yang agregatnya banyak dan  stabil. Tanah yang berstruktur baik mempunyai kelebihan berikut:-
                       
·   Tanah berongga memudahkan pengudaraan dan pengaliran air. Ini akan menggelakkan hakisan tanah
·   Infiltrasi air di permukaan tanah adalah baik. Agregat yang stabil dapat menahan impak titisan air hujan yang akan mengurangkan hakisan tanah dan menjadikan ianya sesuai untuk pembinaan infrastruktur SPH.
·   Tanahnya stabil kerana mengandungi bahan organik menjadikan  infrastruktur yang akan dibina akan berkeadaan setabil..
·   Ketumpatan pukal tanahnya rendah dan ini memudahkan tanah dikerjakan untuk pembinaan infrastruktur SPH.


                   iv.        Tekstur

Tekstur tanah adalah peratus komposisi kumin-kumin tanah (lempung, kelodak dan pasir, tidak termasuk bahan organik) dalam sesuatu tanah.

Tekstur merujuk kepada kumin-kumin yang terdapat di dalam pecahan halus tanah (fine earth fraction) yang bersaiz < 2mm. Kumin-kumin tanah ini adalah lempung (<0.002 mm), kelodak (0.002 - 0.02 mm) dan pasir (0.02 - 2 mm). Kumin yang  >2 mm tidak dimasukkan di dalam penentuan tekstur. Rujuk jadual 9 :  Pengelasan Saiz Kumin Tanah

Jadual1 dibawah menunjukkan saiz pengelasan saiz kumin dan keberbatuan di dalam tanah mengikut USDA (United State Department of Agriculture
             

Saiz (mm)

Pengelasan
< 0.002
0.002 – 0.02
0.02 – 0.2
0.2 – 2.0
2.0 – 20.0
20.0 – 60.0
60.0 – 200.0
> 200
Lempung
Kelodak
Pasir Halus
Pasir Kasar
Kerikil
Batu
Bulder
Bulder besar

Jadual 9 :  Pengelasan Saiz Kumin Tanah

Penentuan tekstur tanah boleh ditentukan dengan 2 cara iaitu:-

i.              Di makmal
ii.            Di lapangan

Di makmal penentuan tekstur dilakukan menggunakan kaedah analisis mekanik (mechanical analysis). Walau pun penentuan kelas-kelas tekstur hanya boleh ditentukan dengan tepat dimakmal, pengalaman dan panduan boleh digunakan bagi menentukannya dilapangan. 

Dilapangan, tekstur ditentukan dengan menggunakan rasaan jari-jari tangan. Kita perlulah menganggarkan peratusan ketiga-tiga kumin tadi. Sebagai panduan rasaan-rasaan berikut digunakan:

Lempung           -           melekit bila lembab dan basah
Kelodak              -           licin hampir-hampir saperti sabun
Pasir                   -           kesat, saiznya cukup kasar untuk dirasa dan dilihat.

Oleh kerana tanah-tanah mengandungi ketiga-tiga kumin ini dengan peratusan yang berbeza-beza, rasaan di atas sentiasa bercampur-campur, kecuali dalam kes-kes dimana peratusan sesuatu kumin diperatusan yang sangat tinggi. Sungguhpun begitu di dalam penentuan tekstur anggaran peratusan lempung adalah yang paling penting. Kelodak hanya dapat dirasa apabila kandungannya tinggi, biasanya >30 peratus.
Manakala pasir merupakan saiz yang dapat dirasa kesatnya. Rujuk jadual 10 : Jadual kelas Tekstur Tanah



Tekstur kasar

Tekstur pertengahan
Tekstur halus
Pasir
Kelodak

Liat
Pasir berlom
Lom berkelodak

Liat berkelodak
Lom berpasir
Liat berpasir

Lom liat
Lom
Lom liat berpasir

Lom liat berkelodak

Jadual 10 :Jadual kelas Tekstur Tanah

0 comments:

Post a Comment