Home » »

Written By Idris on Tuesday 23 June 2015 | 09:07

BAHAN PERAPI TANAH ( Bahagian 1)




  •            Perapian tanah merupakan proses  penambahbaikan                       sifat kimia dan fizikal tanah .

  •    Melibatkan bahan-bahan yang mempunyai fungsi       spesifik .
  •    Masalah utama biasanya melibatkan tanah keras,            tanah berasid dan tanah yang mempunyai KPK yang        rendah .

JENIS PERAPI TANAH

  1. Membaiki Keasidan tanah - kapur
  2. Membaiki keadaan struktur & tekstur tanah – baja organik
  3. Membaiki tahap kesuburan tanah - Zeolite


JENIS PERAPI TANAH



1.0 Membaiki Keasidan tanah


  •    Kapur merujuk kepada kapur debu atau batu kapur atau cecair yang mengandungi kalsium karbonat, kalsium oksida, magnesium karbonat atau magnesium oksida yang digunakan sebagai bahan perapi tanah di dalam bidang pertanian untuk  menaikkan nilai pH (menurunkan keasidan ) tanah.
  •     Kapur terdiri daripada batu kapur yang mengandungi mineral calcite (kalsium karbonat).
  •     Sumber utama calcite adalah daripada organisma marin


1.1        1.1  pH


        pH   tanah -  kepekatan ion H dalam larutan tanah- Jumlah kepekatan H+ dalam tanah
  •     Tanah di Malaysia: sederhana asid ke sangat berasid

        pH <7 – Tanah Asid; pH >7 – Tanah Alkali; pH = 7- Tanah Neutral
        Optima pH: 5.6 – 6.5
        pH di Tropikal disebabkan Al-bertukarganti, asid organik dan sedikit dari H+
Al3+ + H2O → Al(OH)2+ + H+




1.2          KESAN pH KE ATAS TANAMAN

n pH memberi kesan keatas ketersediaan nutrien untuk tanaman
n Kebanyakan nutrien tersedia dengan jumlah optima pada pH 5.5 - 6.5
n pH < 6.0 ; Ca, Mg dan K akan sangat berkurangan
n pH 3 - 5 (asid dan sangat asid): kandungan Al, Fe, Cu, Zn, dan Mn sangat tinggi dan boleh menyebabkan keracunan

n Pada pH sangat rendah Al, Fe dan Mn boleh jadi toksik kepada tanaman kerana mudah larut
n Pada pH terlalu rendah, P boleh terikat sebagai AlPO4 dan FePO4, dan nutrien P tidak tersedia untuk tanaman
n Pada pH terlalu tinggi (alkali) juga menyebabkan kurang P dimana P bertindak dengan Ca untuk membentuk Ca3PO4 (tidak larut)


1.3  CARA MEMBAIKI pH TANAH

·             Tanah asid –  tingkatkan pH dengan tambahkan bahan kapur seperti Ca(OH)2, CaCO3, CaMgCO3 dll
·             Tanah alkali  – turunkan pH dengan memberi belerang (sulfur), asid sulfurik, ferric atau ferrous sulphate, alluminium sulphate
·             Tanah saline-alkali soil (sodic)  dimana pH > 8.5, 

   EC < 4 mS/cm – tambahkan gypsum (CaSO4.2H2O)



Punca Keasidan Tanah

n Disebabkan larut resap tinggi menghilangkan ion bes dan meningkatkan ion H+ ( kadar hujan tinggi)
n Pernafasan akar dan mikrob dalam tanah menghasilkan gas CO2-  bila campur air jadi asid karbonik
n Aktiviti akar serta penguraian bahan organik menghasilkan asid organik
n Pengoksidanan zat bukan organik spt. S & N- asid sulfurik & nitrat
n Tinggi kandungan Al & Fe

n Tanah daripada bahan induk berasid - Cth: granite


Langkah-langkah Sebelum Kerja-kerja Pengapuran Dijalankan


  •       *Tentukan nilai pH tanah
  -bacaan di lapangan/ analisa di makmal
  •             *Dapatkan keputusan analisa pH tanah
   - tentukan sama ada perlu mengapur atau tidak (nilai optiima pH 5.5 - 6.5)
  •            *Jika perlu, tentukan kadar kapur yang diperlukan
    - berdasarkan analisa (jika ada) atau jenis tanah
  • *          Membuat pembelian bahan pengapuran
   -kos, kuantiti, kualiti, pengurusan
  • *             Menyediakan keperluan perlalatan untuk menjalankan kerja-kerja pengapuran

  - Jentera atau tenaga manusia


Rujukan :
AZERI BIN AZAMI , UPPST KUALA TERENGGANU



0 comments:

Post a Comment