Home » »

Written By Idris on Tuesday 28 April 2015 | 07:16




kesuburan Tanah

Definisi Kesuburan Tanah

Kesuburan tanah adalah keupayaan tanah untuk membekalkan nutrien tumbuhan, air dan udara dalam dalam kuantiti dan nisbah yang mencukupi untuk tumbesaran tanaman yang optima.

Kesuburan tanah mempengaruhi daya pengeluaran sesuatu jenis tanah. Tanah yang subur adalah tanah yang boleh membekalkan nutrien tersedia yang cukup untuk keperluan tanaman. Sebaliknya tanah yang kurang subur adalah adalah tanah yang tidak dapat membekalkan nutrien tersedia yang cukup untuk keperluan tanaman.

Sifat-Sifat Tanah Yang  Mempengaruhi Kesuburan Tanah

Terdapat beberapa sifat  penting yang mempengaruhi kesuburan tanah iaitu:
i.        pH
ii.        Konduktiviti
iii.        Ketepuan Bes
iv.        Keupayaan Pertukaran Kation
v.         Kandungan Bahan Organik
vi.         Saliran
vii.        Keronggaan tanah
viii.       Air tanah
ix.        Organisma tanah



Nutrien Tumbuhan

Seperti hidupan-hidupan lain, tumbuhan juga memerlukan makanan untuk kesinambungan hidup. Tumbuhan hidup, membesar, membiak dan mengeluarkan hasil dengan menggunakan air, udara dan nutrien dari tanah.

Terdapat enambelas (16) nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan tumbuhan iaitu: 

1)       Karbon
2)       Hidrogen
3)       Oksigen                                         
4)       Nitrogen
5)       Fosforus
6)       Kalium
7)       Kalsium
8)       Magnesium
9)       Sulfur
10)   Ferum
11)   Kuprum
12)   Zink
13)   Boron
14)   Molibdenum
15)   Klorin
16)   Manganan.

Nutrien Karbon (C), Hidrogen (H) dan Oksigen (O) didapati oleh tumbuhan daripada air dan udara manakala nutrien-nutrien lain daripada tanah dan baja.

Sesuatu nutrien dikatakan penting apabila memenuhi 3 kriteria berikut:

                     i.                  Tumbuhan tidak dapat meneruskan kesinambungan hidup atau tumbuh dengan normal tanpa nutrien tersebut.

                   ii.                  Fungsi unsur tersebut tidak boleh diganti oleh unsur lain dan kekurangan tidak boleh diatasi dengan menambah unsur lain.

                  iii.                  Nutrien tersebut memainkan peranan terus dalam proses metabolisma tumbuhan.


Nutrien-nutrien tanaman terbahagi kepada dua (2) bahagian penting iaitu Nutrien Makro dan Nutrien Mikro.

                       
Nutrien Makro

Nutrien makro adalah nutiren  yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Ia terdiri daripada sembilan (9) nutrien utama iaitu Karbon, Hidrogen, Oksigen, Nitrogen, Phosforus, Kalium, Kalsium, Magnesium dan Sulfur.


Nutrien Mikro

Nutrien mikro adalah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Jika berlebihan di dalam tumbuhan akan menyebabkan keracunan dan kematian. Ia terdiri daripada Zink, Kuprum, Ferum, Mangan, Boron, Molybdenum dan Klorin.


0 comments:

Post a Comment