Home » » PENYEDIAAN IMO 5

PENYEDIAAN IMO 5

Written By Idris on Monday 6 January 2014 | 00:28






PENYEDIAAN  IMO 5  
  

Anda boleh  menggunakan 2 kaedah   campuran untuk menyediakan IMO5  :

    
a.     Campuran pertama :-

i. IMO 4  dicampurkan dengan  tahi ayam dengan kadar 1 nisbah 10.
   Gaulkan campuran dengan air  dengan  kelembapan 65%,    
   Pastikan   suhu tidak melebihi 70۫ c. 
   IMO5 boleh digunakan selepas 7-14 hari diperam

b.     Campuran kedua :-

             ii.  Campurkan  IMO 4, tahi ayam dan hampas kacang soya,/ hampas kelapa sawit/jagong/jerami dengan kadar    1:1:15.
                  Gaul campuran dengan air sehingga  kelembapan 65% 
                  Dan suhu tidak melebihi 70۫
                  Campuran ini diperam selama 7- 14 hari sebelum digunakan .
               
                       
INGATAN PENTING:

 IMO 5  - Adalah bahan yang mengandungi populasi mikroorganisma yang tinggi kerana ia terdiri dari:-

i.  Mikroorganisma yang mampu  menggemburkan     tanah


ii.  Mikroorganisma yang mengolah nutrien dalam     tanah ke bentuk nutrien  sedia digunapakai   oleh tanaman.


iii. Mikroorganisma yang mampu meningkatkan daya tahan tanaman terhada serangan      mikroorganisma    pathogenik (Mikroorganisma yang membawa penyakit)

0 comments:

Post a Comment