Home » » Pau adalah sejenis roti kukus yang sangat diminati ramai. Pau boleh dijadikan sumber pendapatan . Terutama dalam zaman kemelesetan ekonomi.

Pau adalah sejenis roti kukus yang sangat diminati ramai. Pau boleh dijadikan sumber pendapatan . Terutama dalam zaman kemelesetan ekonomi.

Written By Idris on Sunday, 21 February 2016 | 03:05




TEKNOLOGI MEMPROSES PAU


PAU ADALAH SEJENIS ROTI JENIS KUKUS YANG SANGAT  DIMINATI  RAMAI. 

BAHAN-BAHAN:

1.  TEPUNG PAU - 500 gram




2.  GULA KASTOR - 150 gram


3. YIS KERING - 20 gram




4. BREAD IMPROVER - 5 gram ( SETENGAH SUDU)





5. GARAM - 3 gram ( TAK SAMPAI SETENGAH SUDU TEH )



6. SHORTENING - 80 gram




7. AIR - 350 mililiter ( LEBIHKURANG)





NOTA : AKAN MENGHASILKAN 21 BIJI


CARA-CARA :

1. CAMPUR KESEMUA BAHAN-BAHAN KECUALI AIR KE DALAM MANGKUK PENGADUM.

2. PUTAR MESIN (ON ) CARA  PERLAHAN, MASUKKAN AIR SEDIKIT-SEDIKIT SEHINGGA NAMPAK LEMBUT, BARULAH DIPUTAR LAJU SEDIKIT SEHINGGA ADUNAN SEBATI DAN SEDERHANA LEMBUT.

3. TABUR TEPUNG GANDUM ATAS MEJA KERJA . KELUARKAN  DOH DARIPADA MESIN DAN LETAK ATAS MEJA TADI. POTONG DAN TIMBANG 50 GRAM SEBIJI.

4. BUAT BULAT-BULAT , ISI  INTI DAN BUNJUTKAN  DAN LETAK ATAS KERTAS PUTIH DAN PERAP SEHINGGA NAIK DUA KALI GANDA BARULAH DIKUKUS.

5. KUKUS SELAMA 10 - 15 MINIT

PENULIS TELAH BERGURU DENGAN ALLHYARHAMAH  PN. SALMAH ( SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA) SEMASA BELIAU  MENJADI PENSYARAH DI INSTITUT PERTANIAN  TITI GANTONG, PERAK MALAYSIA. SEMOGA  RESEPI INI DAPAT MENJADI  AMAL JARIAH  DI ALAM BERZAKH.
































0 comments:

Post a Comment