Home » » CARA TANAM CIKU ATAU BUAH-BUAHAN GUNA IMO5

CARA TANAM CIKU ATAU BUAH-BUAHAN GUNA IMO5

Written By Idris on Wednesday, 19 March 2014 | 15:53







CARA  MENANAM CIKU GUNA IMO5


KETERANGAN AM

Nama Biasa : Ciku (Sapodilla)
Nama Tempatan : Ciku, Sawo
Nama Saintifik : Manilkara achras (Mill.) Foeberg.
Keluarga : Sapotaceae



Asal :
Ciku merupakan sejenis buah tropika yang berasal dari Amerika Tengah. Pokok ciku didapati ditanam di hampir semua negeri-negeri di kawasan tropika seperti India, Afrika, Kepulauan Indies, Filipina, Malaysia, kawasan tropika dan sub-tropika Amerika.

Kawasan Utama Tanaman :
Negeri-negeri utama penanaman ciku di Malaysia ialah Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Melaka.

Kegunaan :
Biasanya buah ciku enak dimakan segar dan merupakan buah yang berkhasiat. Buah ciku boleh diproses kepada beberapa jenis hasilan yang berpotensi untuk dikomersialkan.



Menanam : 

1.Pokok ciku biasanya ditanam dengan jarak 9m X 9m. 


2.Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2  - 4 minggu. 

3 .Masukkan tanah campuran - 1 velbero (kereta sorong),Jika tanah bermasalah.


4. Sebanyak 5 - 10 kg bahan organik atau IMO5 berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata.

5. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.

6. Siram

7.Sungkup di pangkal

8. Lindung di atas dengan  daun kelapa/netting  hitam

9. Siram air 2 hari kemudian.




SOALAAN:

1.Apa dia tanah bermasalah?

2. Apa dia tanah campuran

3. Apa dia CIRP, apa guna

4. Apa dia IMO5, macam mana cara buat


Untuk jawapan, cuba  jawab  dahulu  dan kita akan berbincang kemudian....
















0 comments:

Post a Comment