Home » » BUAT KOMPOS GUNA CACING (BAHAGIAN 2)

BUAT KOMPOS GUNA CACING (BAHAGIAN 2)

Written By Idris on Sunday, 30 March 2014 | 09:18









TEKNOLOGI MEMBUAT KOMPOS MENGGUNAKAN CACING (VERMIKOMPOS)

1.         SEDIA BAHAN DAN PERALATAN MEMBUAT VERMIKOMPOS
                 ALAT
1    Mesin peracik
2   Poly tank/Keret simen
3  Kereta sorong
4   Cangkul
5  Skop
6  Pencakar
7   Buku panduan penyediaan vermikompos
8  Jangka suhu
9  Tensiometer
10   Sealer
11  Bangsal
12 Palong 

                   BAHAN
1.   Air
2. Jerami padi (Binca )
3. Tolynet 75% teduhan
4. Cacing vermikompos
5. Najis kandang
6. Daun kelapa kering
7. Jaring kalis serangga (16 mesh) berbingkai
8. Beg plastik (1 kg dan 3 kg)
9.   Alat tulis


2.       JENIS-JENIS  KERJA   MEMPROSES BINCA :

·             Sedia binca (sebagai makanan cacing) :
i.       Batang Jagong
ii.      Sisa kebun
iii.      Bahan buangan makanan
iv.      Daun kering/rumput kering
    
·   Cincang sisa tanaman yang keras
·      Rendam jerami padi / batang jagong selama 2- 3 minggu
dalam 1/2 karet simen/polytank yang  mengandungi air.
·   Tos binca yang direndam sebelum digunakan

   3. JENIS-JENIS  KERJA  MEMASUKKAN CACING  KE DALAM PALONG
·   Letakkan binca yang ditoskan  dilantai palong dan ratakan setebal 3 – 4 ”
·    Belah / bahagi  dua binca sepanjang palong jadikan parit kecil.
·   Masukkan cacing 1 kg (2500 ekor) dari tempat ternak kedalam parit yang  
  dibuat dalam palong yang berukuran  8x4x4x1.5 kaki persegi .
·    Tutup cacing dengan binca yang dikiri kanan parit yang dibuat
dalam palong hingga rata
·   Taburkan najis kandang di atas binca setebal 1”
·   Tutup kan dengan tolinet dan tutup lagi dengan daun kelapa bagi
menjaga kelembapan   binca   dan mengekalkan kegelapan.
·   Siram dengan air hingga 70% kelembapan
·   Tutup palong dengan jaring BRC untuk mengelakkan serangan serangga
saperti cengkerik,  burung dan lain-lain musuh cacing.
·   Siraman  di buat 2 kali sehari jika cuaca panas.
·   Pasangkan tolynet disekeliling bangsal palong bagi melindungi dari kepanasan

             4.JENIS-JENIS  KERJA  PEMERIKSAAN  SUHU  VERMIKOMPOS DAN  BINCA
·         Periksa suhu vermikompos :
§  Guna jangka suhu .
bagi  pastikan suhu binca 30  ۫C – 35 ۫ C , siram dengan
air jika suhu melebihi  35 ۫ C
§  Periksa cara manual
                              Masukkan tangan kedalam himpunan kompos  di mana suhu
yang  sesuai akan  dirasai kehangatannya.
§  Periksa  cara visual  -
 Perhatikan dengan melihat cacing akan keluar dari palong
 jika suhu   melebihi dari had yang dikehendaki
·    Periksa kelembapan binca guna tensiometer bagi menentukan
 kelebapan yang sesuai antara 70%-80%
·      Sukat pH , bagi menentukan suhu  sesuai ialah pH 6-7 sahaja.
·      Beri  binca tambahan  1 minggu sekali secara sedikit-sedikit.

    5. JENIS-JENIS KERJA DALAM MEMINDAH DAN  MENUAI  VERMIKOMPOS
      
                      Kaedah 1
·         Himpun kompos yang matang memanjang di sebelah bahagian palong
·         Letak binca baru di sebelah palong yang dikosongkan . Cacing akan
 berpindah ke dalam  binca baru secara perlahan-lahan dalam masa 1- 2 mnggu.
·         Bawa kompos ke tempat pengumpulan hasil, ayak, timbang, dan masukkan
Ke dalam beg, seal untuk  di jual, diguna atau disimpan ke dalam stor.


                           Kaedah 2
·         Himpun kompos matang di tengah-tengah palong cara memanjang saperti batas
·         Tutup kompos dengan jarring plastik (Tolynet)
·         Letak Binca baru di atas jarring (Tolynet) sebagai umpan untuk tarik cacing
naik ke atas dan meninggalkan kompos di bawah tanpa cacing.
·         Angkat jaring dan pindahkan binca baru bersama cacing ke palong baru untuk
 proses perkomposan seterusnya    2 – 3 hari kemudian. Ulang proses ini 4 – 5 kali
 hingga cacing semua berpindah dan kompos boleh di punggut.
·         Punggut kompos yang di bawa ke tempat pengumpulan hasil, ayak,
 timbang, dan masukkan kdalam beg, dseal untuk  di jual, diguna atau
 disimpan ke dalam stor.

0 comments:

Post a Comment