CARA MUDAH BUAT KOMPOS GUNA CACING ( VERMIKOMPOS)
Pengertian Vermikompos
Vermikompos adalah kompos yang diperoleh dari hasil
pereputan bahan-bahan organik ( Sisa tanaman) yang dimakan dan di cerna oleh cacing tanah. Vermikompos
merupakan campuran kotoran cacing tanah (casting) dengan sisa media . Oleh karena itu, vermikompos merupakan baja organik yang mesra alam dan memiliki kelebihan tersendiri dibandingkan
dengan kompos lain yang kita kenal selama ini.
Kandungan Vermikompos
1.
Humus atau asid Humid
2.
Hormon pertumbuhan
tanaman
3. Organisma berguna di dalam tanah
Kelebihan Vermikompos
·
Vermikompos mempunyai
kemampuan menyimpan air sebanyak 40-60% sehingga mampu mengekalkankan
kelembapan di dalam tanah.
·
Mengemburkan tanah dan menuteralkan pH tanah.
·
Vermikompos mengandung
berbagai unsur nutrien yang diperlukan oleh tanaman seperti N, P, K, Ca, Mg, S, Fe, Mn,
Al, Na, Cu, Zn, Bo, dan Mo tergantung pada bahan yang digunakan.
·
Meningkatkan kesuburan
tanah.
·
Membkanantu proses
penghancuran bahan organik.
· Mencepatkan pengeluaran akar baharu.
CARA MEMBUAT KOMPOS
1. Masukkan tahi kambing ke dalam guni dan ikat guni dengan tali.
2. Masukkan ke dalam bekas ( Tong/Koloh) yang mengandungi air.
3. Biarkan selama 7 hari, supaya ang berbau tahi kambing kurang berbau dan menjadi sejuk.
4. Selepas 7 hari, keluarkan dari bekas dan keringkan air (tos).
5. Ambil sisa tanaman yang telah kering dan telah dipotong ( Contoh : Rumput kering ).
6. Gaul tahi kambing dengan rumput kering dan tanah sebanyak seguni.
7. Letak campuran ke atas lantai dan buat batas panjang.
8. Biarkan campuran selama 2 - 3 hari dan siram dengan air melalui semburan halus .
9. Selepas itu baharulah dimasukkan caing tanah ke dalamnya.
10. Tutup batas dengan jaring hitam dan likungkan kawasan dengan jaring hitam.
11. Biarkan 2 minggu ,sehingga menjadi kompos.
Penggunaan Vermikompos
·
Untuk tanaman dalam pasu, 1 kg vermikompos dicampur dengan 3 kg tanah.
· Untuk tanaman dalam pasu 6-10 kg vermikompos
untuk setiap 10 m2 luas atau 6-10 ton/ha sawah.
Catatan :
1. Semasa proses membuat kompos ada terhasil air buangan, ini mengandungi asid Humid dan boleh disiram pada akar tanaman.
2. Katakanlah Tanaman kita terbantut. Maka tanah digembur dikeliling pokok dan siram dengan asid humid. Akar baharu akan tumbuh.
3. Inilah alam pertanian moden yang menakjubkan.
0 comments:
Post a Comment