( BEST !!!!) TEKNOLOGI MEMPROSES ROTI BAN BERINTI KACANG
BAHAN-BAHAN :
1. TEPUNG GANDUM ( HIGH PROTIN ) - 2 Kilogram
2. GULA KASTOR - 300 Gram
3. SUSU TEPUNG - 60 Gram
4. IMPROVER - 10 Gram
5. YIS (RAGI ROTI) - 60 Gram
6. GARAM - 30 Gram
7. SHORTENING ( ATAU MARGERIN ) - 250 Gram
8. AIR - 1 100 Mililiter (Gram) ---- JIKA TIDAK GUNA TELUR . AIR 1200 Gram
9. TELUR - 2 Biji
10. INTI KACANG - SECUKUPNYA
CARA- CARA :
1. MASUKKAN 2KG TEPUNG GANDUM KE DALAM BEKAS PENGADUN.
2. MASUKKAN GULA KASTOR KE DALAM BEKAS PENGADUN
5. KEMUDIAN MASUKKAN GARAM ( JANGAN DEKAT DENGAN YIS )
6. KEMUDIAN MASUKKAN IMPROVER
7. ON - MESIN DENGA GEAR 1 ( PUSINGAN PERLAHAN ) - BIARKAN BAHAN 1 HINGGA 7 BERGAUL.
8. BILA BERGAUL, MASUKKAN TELUR ( YANG TELAH DI BUANG KULIT DAN DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR RESEPI)
9. MASUKKAN AIR RESEPI , SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA HABIS.
10. ULI SEHINGGA BETUL-BETUL BERGAUL DAN TAK BERPISAH ( BERCANTUM)
11. HENTIKAN ( OFF SUIS )MESIN PENGADUN
12. TUKAR KE GEAR 2 (LAJU SIKIT) , KEMUDIAN "ON" KAN SUIS
13. ULI SELAMA 15 - 20 MINIT
14. DI PERTENGAHAN MENGULI, PANASKAN OVEN DAN SAPUKAN MINYAK SAYUR (SHORTENING) PADA PERMUKAAN TRAY MEMBAKAR ROTI.
15. BILA SAMPAI 15 MINIT ULIAN , UJI KEKENYALAN ( TARIK NIPIS, SEKIRANYA YANG NIPIS TIDAK MUDAH CARIK MENUNJUKKAN ULIAN TELAH KENYAL), DAN BILA KENYAL, MESIN DI TUTUP ( OFF SUIS ).
16.TABUR SEDIKIT TEPUNG DI TEPI BEKAS PENGADUM SAMBIL MESIN BERPUSING, BAGI ELAK ADUNAN MELEKAT PADA TEPI BEKAS PENGADUN
17.HENTIKAN MESIN ( OFF SUIS), ANGKAT ADUNAN DAN LETAK DI ATAS MEJA KERJA DAN BUAT (BENTUKKAN) DOH BESAR.
18. BILA DOH NAMPAK LICIN DAN BULAT , PERAP 10 - 15 MINIT DENGAN BESEN PLASTIK ATAU PLASTIK.
19. BILA KEMBANG, BELAH DOH DENGAN PISAU DAN POTONG KECIL-KECIL DAN TIMBANG DENGAN SETIAP POTONGAN IALAH 50 GRAM.
20. BUAT DOH KECIL DENGAN TANGAN SAMBIL DIBUANG UDARA.
21. DOH YANG TERHASIL DIATUR IKUT BARISAN
22. TUTUP DOH YANG TELAH DISUSUN DENGAN DENGAN PLASTIK SELAMA 10 - 15 MINIT.
23. BILA DOH TELAH KEMBANG, AMBIL DOH YANG MULA DBUAT DOH DAN LETAK DOH TERBALIK.
24. TEKAN NIPIS DENGAN KAYU PENGGELEK ATAU DENGAN TANGAN DENGAN CARA DINIPISKAN DI BAHAGIAN TEPI.
25. LETAKKAN DI ATAS TAPAK TANGAN DAN BUBUH INTI KACANG SEBESAR BOLA PING PONG DAN TEKAN SEDIKIT.
26.SUSUN DI ATAS TRAY PEMBAKAR DAN JANGAN RAPAT
27. PERAP DAN BIARKAN KEMBANG DUA KALI GANDA DAN BILA DITEKAN DENGAN JARI ROTI AKAN MELENTUR KE BENTUK ASAL.
28.SEBELUM DIBAKAR, SAPU DENGAN TELUR YANG DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR ATAU SUSU SEGAR ( 50 ML TELUR + 50 ML SUSU/AIR) DI BAHAGIAN ATAS ROTI BAGI ELAK ROTI HANGUS.
29. PANASKAN ROTI SELAMA 15 MINIT DI DALAM OVEN ( API ATAS 150 ° DAN API BAWAH 180° CELSIUS.
RUJUKAN :
1. GURU PENULIS,
0 comments:
Post a Comment