1.1 Definisi
istilah siram
Penyiraman adalah berasal dari kata dasar
"siram" yang bererti jirus.
Dari segi istilah teknikal, penyiraman ialah satu
proses pembekalan air / aplikasi atau
pengaliran kepada tanah untuk keperluan tumbesaran tanaman dan seterusnya dapat
meninggikan kualiti dan hasil tanaman. Rujuk gambar 1
Gambar 1 : Penyiraman secara titis
Gambar 2: Penyiraman kaedah renjis
1.2 Tujuan
dan kebaikan menyiram
- Menambahkan peratus air dalam tanah bagi memberikan kelembapan tanah yang cukup untuk pertumbuhan tanaman yang optima dan pengeluaran hasil yang tinggi (maksima).
Gambar 3: Pengeluaran tinggi
- Air adalah media pembawa baja / nutrien untuk diserap oleh akar-akar
tanaman dan dihantar kepada batang, dahan dan daun.
Gambar 4: Akar serap baja
- Bagi menyelamatkan tanaman daripada
kekeringan yang
disebabkan air dalam tanah berkurangan.
Gambar 4 : Tanaman kekeringan
- Air diperlukan oleh tumbuhan untuk berbagai tugas seperti pertumbuhan sel, proses photosentisis, percambahan benih dan membekal udara ke dalam tanah. Rujuk rajah 5
Gambar 5 : Fotosintisis
2.3 Penentuan
tahap keperluan air oleh pokok
Penentuan tahap keperluan air oleh pokok dilakukan
mengikut kaedah seperti berikut :
-
berpandu kepada kekerapan penyiraman yang ditetapkan
dalam jadual.
-
pelarasan masa pada alat laras masa (timer) yang
dipasang pada sistem pengairan, kekerapan yang telah dirancang.
-
keadaan media tanaman – kering.
-
berpandu kepada jadual kerja penanaman
-
pengesanan melalui bacaan pada skala alat pengukur
kelembapan
Gambar 6 : Alat pengukur
kelembapan tanah (media)
0 comments:
Post a Comment