TEKNOLOGI TAMAN AIR
Penjagaan Air Kolam
1. Ikan Koi akan dapat hidup selesa apabila ia dipelihara di dalam kolam yang besar dan dengan kedalaman tidak kurang daripada 4 kaki atau 120 cm. Kedalaman ini memberikan kelapangan kepada ikan Koi untuk berenang ke dasar kolam serta menggelakkan kepanasan semasa cuaca panas.
2. Bagi menentukan kerja mengepam dan mengalirkan air ke dalam kolam berjalan dengan sempurna, pastikan anda mempunyai jenis dan saiz pam yang betul. Gunakan pam yang bersaiz satu pertiga daripada luas kolam.
3. Daun-daun kering yang gugur ke dalam kolam hendaklah segera dibersihkan. Bagi menggelakan pencemaran air kolam dan bertoksik.
4. Campurkan Nitrat ke dalam air kolam bagi mengurangkan kesan ammonia ke dalam air
5. Tambahkan 10 % kuantiti air bersih daripada kuantiti air sedia ada di dalam kolam setiap hari. Ini bertujuan untuk menjamin kesempurnaan kuantiti air di dalam kolam.
Rujukan :
EMMA MASRI, Koleksi 20 taman air, Karangkraf
0 comments:
Post a Comment