Pages

Friday, 7 August 2015

MERAWAT, MENGAWAL, MENCEGAH PENYAKIT/PEROSAK TANAMAN

Merawat, mengawal, mencegah penyakit/perosak tanaman

Setiap tanaman ada musuh dan penyakit. Cara mengawalnya sebaik-baik adalah menggunakan sumber yang ada bagi menggelakkan keracunan dan menjimatkan kos. Terutamanya di zaman sekarang.

Semua orang  menginginkan suasana yang cantik dengan bunga mekar serta daun menghijau. Namun, kerja penyelenggaraan bukan mudah lebih-lebih lagi jika membabitkan serangan penyakit pada tumbuhan terutama untuk laman edibel (tanaman boleh makan).


Cara mudah

Selain mendapatkan bantuan pakar serta tukang kebun, sebenarnya ada cara mudah yang boleh dilakukan sendiri untuk merawat, mengawal dan mencegah penyakit pada tumbuhan di laman. Berikut disenaraikan beberapa ramuan yang boleh dibuat sebagai racun serangga menggunakan bahan yang selamat yang dijamin berkesan, murah dan mudah.
MASALAH: CACING KUBIS
Bahan: Tepung naik sendiri Cara: Masukkan tepung ke dalam beg kertas, kemudian cucuk beg berkenaan untuk membuat lubang kecil. Taburkan ke atas tumbuhtumbuhan pada awal pagi apabila cacing secara aktif makan tumbuhan. Apabila suhu meningkat, tepung 'naik sendiri' akan membengkak cacing! Cubalah.

MASALAH: SERANGAN SIPUT

Bahan: Air dan ammonia
Cara: Campurkan air dan ammonia dan sembur pada siput. Air ammonia ini akan mengecutkan siput dan dalam masa sama baik untuk tumbuhan kerana ia memberi sumber nitrogen

Alternatif: Bancuhkan kopi pekat - 10 sudu serbuk kopi untuk secawan air dan sembur sekitar tumbuh-tumbuhan atau atas daun. Kafein adalah pembunuh!


MASALAH: SERANGAN ULAT PADA AKAR POKOK
Bahan: Ubi kentang

Cara: Potong kentang dan letakkan sekitar akar pokok. Biasanya ulat akan beralih dari akar ke kentang, dalam tempoh seminggu masalah berkenaan akan selesai. Boleh gantikan kentang dengan lobak merah atau lobak putih.

MASALAH: KUTU DAUN, TERITIP DAN LALAT PUTIH

Bahan: Minyak daun semambu (Neem Oil)

Cara: Semburkan pada daun

Alternatif:

* Ekstrak daun semambu.

Cara membuatnya campurkan 2kg daun neem yang sudah ditumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.

* Ekstrak bawang putih

Campurkan 100 gram bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.

Apa yang pasti semua ramuan untuk kawalan dan pencegahan serangga perosak menggunakan bahan yang mesra alam dan tidak beri kesan kepada pemilik kediaman mahu pun merosakkan pokok Selamat mencuba.

* Serangga jenis mengunyah

Kumbang
Belalang
Kupu-kupu
Ulat Bulu
Siput
Lintah Bulan

* Serangga jenis menghisap (pembawa virus, penyakit)

Aphis @ Aphid @ Kutu Daun
Koya
Pianggang
Teritip (Scaler)
Kulat Putih

INI PETUA KEJAYAAN:

SEBELUM MENYEMBUR RACUN ATAU BAHAN DI ATAS, BACA BISIMILLAH 3 KALI DAN SELAWAT 10 KALI DAN  BACA TAWAKALTU 'ALALLAH ,LAHAULAWALA 3X



Rujukan 
http://anizyn.blogspot.com/2013/11/merawat-mengawal-mencegah.html
:
Oleh Rohaniza Idris


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2013/11/merawat-mengawal-mencegah.html#ixzz3iAkPddBk

No comments:

Post a Comment