Tujuan pemuliharaan tanah
a) Mengurangkan ketoksikan nutrien
tertentu kepada tanaman
b) Meningkatkan aktiviti mikroorganisma di
dalam tanah
c) Memperbaiki keadaan fizikal tanah
(struktur yang lebih baik)
d) Meningkatkan pengikatan nitrogen
simbiotik oleh legum
e) Membekalkan sumber nutrien kepada
tanaman
f) Meningkatkan keupayaan pengambilan
unsur oleh tanaman
Kaedah pemuliharaan kesuburan tanah
1. Tanah Masam / Asid Sulfat
§
Pengaporan
tanah pada kadar 5 tan/ha di peringkat awal; dan buat semakan pH dan tambah
secara berkala (6 bulan sekali) mengikut jenis tanaman
§ Bina ban dan pintu
kawalan air untuk elakan air masin/payau masuk ke kebun
§ Buat flushing
buang air berkarat/ berasid dengan air tawar atau ketika musim hujan (keadaan
air yang banyak)
§
Pilih
tanaman yang tahan dengan keadaan tanah yg terlampau berasid, kekurangan unsur
makro dan mikro seperti kelapa sawit dan padi
2. Tanah Gambut
§ Penanaman menggunakan kaedah lubang di dalam lubang
- Ia dibuat dengan menggali dahulu lubang pertama yang besar diikuti menggali
lubang kedua di dasarnya untuk mengelakkan pokok tumbang akibat tanah gambut
reput
§ Disegi pembajaan, tumpuan diberi kepada zat-zat pemakanan makro dan mikro
seperti kuperam, boron dan zinkam.
§ Disebabkan tanah gambut terlalu masam, maka pengapuran dengan abu atau kapur
pertanian GML adalah perlu dengan kadar mengikut jenis tanaman biasanya pH di antara
5.5-6.5 untuk tumbuh dengan baik.
§ Pilih tanaman yang sesuai dengan tahun-tahun permulaan jenis-jenis tanaman
jangka pendek seperti jagong, ubi kayu, kacang tanah, sayur-sayuran, nenas,
tembakau dan lain-lain. Tanaman jangka panjang adalah terhad.
§ Tanaman Penutup bumi untuk mengurangkan suhu di permukaan gambut yang akan
mernyebabkan gambut menjadi kering dan berdebu.
§ Membekalkan baja dalam dalam jumlah yang sedikit tetapi
kekerapannya ditambah disebabkan oleh proses pengikatan baja oleh gambut.
3. Tanah Bris / Tanah Bekas Lombong
§ Membekalkan baja pada kadar yang lebih tinggi dibandingkan dengan tanah
mineral tetapi dibubuh sedikit-sedikit / kerap kerana larut resapnya tinggi
§ Menggunakan bahan sungkupan seoperti jerami padi dan lalang untuk
mengekalkan kelembapan tanah dan mengurangkan proses penyejatan disebabkan oleh
suhu permukaan tanah yang agak tinggi
§ Membekalkan baja organan seperti tinja haiwan dan sisa tumbuhan untuk
meningkatkan kadar pertukaran kation tanah
§ Sistem pengairan seperti percikan atau
titisan mestilah disediakan bagi mengatasi masalah kekurangan air
No comments:
Post a Comment