§ Perkataan BRIS adalah singkatan bagi Beach Ridges Interspersed
with Swales.
§ Ia merupakan permatang pasir yang
berkeadaan tinggi dan kawasan paya di sebelah bawahnya di antara kedua-dua
permatang dan kedua-duanya dijumpai dalam satu tempat.
§ Tanah BRIS banyak terdapat di timur Semenanjung Malaysia dan kawasan pantai
di Sabah dan Sarawak.Tekstur tanah BRIS adalah berpasir sehingga pasir berlom.
§ Peratus pasir bagi tanah BRIS adalah tinggi dan kebanyakannya melebihi 90%.
§ Tanah BRIS mempunyai sifat seperti keupayaan memegang air dan nutrien
sangat rendah,kadar larutresap yang sangat tinggi dan suhu permukaan tanah juga tinggi.
§ Sifat kimia bagi tanah BRIS pula adalah seperti mempunyai kandungan nutrien
sangat rendah dan aktiviti biologi di dalam tanah juga rendah
b) Tanah Bekas Lombong
§ Tanah bekas lombong merupakan bahan buangan yang berbagai jenis yang telah
ditinggalkan selepas biji timah dikeluarkan.
§ Kebanyakan bahan buangan ini terdiri daripada pasir walaupun setengahnya
mempunyai kandungan kelodak dan liat yang tinggi.
§ Secara am, tanah bekas lombong dan tanah BRIS mempunyai potensi yang sama
dari segi pengeluaran pertanian.
c) Tanah Masam / Asid Sulfat
§ Secara amnya tanah
asid sulfat bermsaksud tanah yang mempunyai lapisan sulfirik (pH 3.5 atau
kurang) di kedalaman di dalam lingkungan 100 sentimeter dari permukaaan tanah.
§ Tanah ini selalunya
berasal daripada alluvium laut yang telah ditebusguna atau disalirkan.
§ Kekuatan keasidan
boleh membawa kepada keracunan kepada tanaman.
§ Mempunyai sifat
seperti pengudaraan dalam tanah yang rendah, kandungan nutrien terutama kalsium dan magnesium sangat rendah,keupayaan
memegang air dan nutrien yang tinggi, keasidan tinggi di mana
nilai pH < 3.5 serta berlaku keracunan aluminium kepada tumbuhan
d) Tanah Gambut
§ Tanah gambut merupakan tanah yang
terjadi sebahagian dari daun-daun, balak-balak dan akar-akar yang
mengalami pereputan, merupakan keseluruhan jisim (mass) yang mengandungi bahan
organik lebih dari 65% dan bahan mineral kurang dari 35%.
§ Tanah gambut terbentuk secara pemendapan bahagian-bahagian tumbuhan yang
mereput yang berada di bawah keadaan air yang bertakung ( water logged
conditions ).
§ Paras air dalam tanah yang berada dekat atau hampir dengan permukaan tanah
turut mengekalkan keadaan jisim gambut dan mencegah berlakunya oksidasi.
§ Sifat tanah gambut adalah seperti mempunyai nilai pH rendah iaitu di antara 3.0-4.5,
konduktiviti elektrik yang rendah dan
kadar mikronutrien juga rendah.
§ Tanah gambut terdiri dari tanah yang bersaliran sangat jelik (poorly
drained), berwarna perang kemerahan dan mudah tercerai (loose),
§ Tanah masin adalah tanah yang mempunyai kandungan garam yang tinggi
dengan nilai bacaan konduktiviti elektirk (EC) melebihi 4 dS/m pada bacaan suhu
25OC
dan nilai pH di antara 7.0 hingga 8.5.
§ Kandungan garam yang
tinggi tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman kerana ianya boleh menyebabkan
keracunan dan kehilangan air daripada tumbuhan.
§ Merupakan tanah yang
mempunyai kandungan keberbatuan yang melebihi 80% daripada permukaan tanah
No comments:
Post a Comment