Pages

Sunday, 28 December 2014

APAKAH KESAN BANJIR KEPADA ALAM  PERTANIAN 


BANDAR KUALA LIPIS TERPUTUS HUBUNGAN




















Thursday, 18 December 2014

RAHSIA TANAMAN EMAS COTEK




Kali ini alamtanimoden ingin berkongsi dengan pembaca yang budiman betapa berharganya  nilai sejenis tanaman yang bernama Emas Cotek. Selain menjadi tanaman hiasan ia sangat kaya dengan nilai perubatan.




Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia boleh m emecah lemak serta menghilangkan  kolestrol yang berlebihan dalam saluran darah dan menghalang   dari sakit kepala  , angin ahmar dan membetulkan kerosakan urat saraf .bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta memulihkan  rahim pada kedudukan asal .

Faedah atau  kegunaan  mas cotek ialah

a. Memulihkan  kerosakkan urat saraf

b. Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin

c. Meningkatkan keinginan hubungan  suami isteri.

d. Membantu mengawal tekanan darah tinggi

e. Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan

f. Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah

g.Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda 

h. Mengurangkan tahap kolestrol dalam darah

i. Merawat penyakit paru-paru berair

j. Membantu masalah keputihan

k. Melancarkan peredaran haid


TEKNIK  PENGGUNAAN MAS COTEK


i.              MELALUI  AIR REBUSAN MAS COTEK


SEHELAI DAUN   DICAMPUR DENGAN   3 GELAS AIR  ,KEMUDIAN DIREBUS SEHINGGA MENJADI SEGELAS AIR. LAGI BERKESAN JIKA DICAMPUR DENGAN  DAUN BETINA DAN DAUN JANTAN. SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK.
           

ii.             SEDIAKAN AIR PANAS SEGELAS DAN RENDAM DENGAN DAUN MAS SECOTEK 3 HELAI.


JENIS SERANGGA PEROSAK TANAMAN






JENIS-JENIS SERANGGA PEROSAK TANAMAN YANG PERLU DIKENALI:


A. Serangga Jenis Mengunyah


1. Kumbang



2. Belalang






3. Kupu-Kupu







4. Ulat Bulu






5. Siput





6. Lintah Bulan







B.Serangga Jenis Menghisap (Pembawa virus dan penyakit)





1. Aphid (Kutu Daun)










2. Kutu Thrip







3. Pianggang






4. Koya








5. Hamama




6. Scale inscets




Penyediaan Larutan Stok Herba Untuk mengawal perosak tanaman

  1. 1 liter air
  2. 1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
  3. 1 sudu besar sabun basuh
  4. 4-6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara Penyediaan

1. Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air

2. Tumbuk 4-6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi

3. Setelah dikacau, tapiskan

4. Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air (1:4)

Bagi serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cilia api (hancurkan) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak lestari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada suri rumah atau penggemar lanskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga dalam kuantiti yang besar adalah:-

Perahan  Bawang putih

Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gram bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.

Campuran Minyak Kayu Putih (Tea Tree Mixture)
Untuk mengawal penyakit lecuh pangkal. Campur 5ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

Ekstrak Halia
Untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gram halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

Perahan  Daun Neem (Semambu)

Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, trip dan lalat putih. Campurkan 2 Kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. (hasilnya dalam bentuk serbuk). Gunakan mengikut nisbah 1:3- jika anda membuat patinya sebanyak 1 liter maka campurkan dengan 3 liter air dan semburkan ke pokok.

Ekstrak Bawang Putih
Juga untuk kawalan vector seperti kutu daun dan trip serta lalat putih. Campurkan 100 gram bawang putih (dicincang) dalam 500 ml air

Tambahkan 10ml minyak masak dan 10gram sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan bersama air dengan nisbah 1:200. contohnya jika kita menggunakan 10ml ekstrak pati campurkan dengan 2000 ml air (2 liter).


Sunday, 14 December 2014

JENIS TANAMAN HIASAN DI SEKITAR MASJID 

















Sunday, 7 December 2014

CARA BUAT PULUT KUNING





CARA MEMBUAT  PULUT KUNING


Pulut kuning banyak digunakan dimajlis Perkahwinan . Cara memasaknya memerlukan kemahiran supaya menghasilkan pulut yang berkualiti. Cara memasaknya adalah seperti berikut.

BAHAN-BAHAN:


1. BERAS PULUT - 4 KILOGRAM



2. SANTAN PEKAT - 1 LITER


4. GARAM - 4 SUDU BESAR



5.GULA - 6 SUDU BESAR


6. DEBU KUNYIT - 4SUDU


7. KAPUR - 1/2 SUDU BESAR




8. ASAM KEPING (GELUGUR ) - 3 KEPING.



CARA-CARA


1. BASUH BERAS BERSIH-BERSIH  DENGAN AIR. KEMUDIAN ALIRKAN  DENGAN AIR DAN TOS.

2. RENDAM BERAS DALAM AIR  YANG DICAMPUR DENGAN DEBU KUNYIT, KAPUR DAN ASAM KEPING SELAMA 1 JAM , SUPAYA PULUT YANG DIHASILKAN TIDAK PATAH DAN KELIHATAN BERSINAR.

3. KUKUS PULUT SEHINGGA MASAK

4.BILA PULUT TELAH MASAK, GAUL DENGAN SANTAN YANG TELAH DICAMPUR DENGAN GARAM DAN GULA.

5. UNTUK TAHAN  LAMA, BOLEH KUKUS SEKALI LAGI.

6. MASUKKAN KE DALAM BEKAS DAN BENTUKKAN DENGAN  TANGAN MENGIKUT YANG DIKEHENDAKI.


SUMBER:

ISTERIKU YANG TERCINTA.


Friday, 5 December 2014

CENDAWAN GORANG KUNING EMAS







CENDAWAN GORENG KUNING MAS



BAHAN-BAHAN:

1. CENDAWAN - 12 KUNTUM





2. TEPUNG GANDUM - 200 GRAM



3. TELUR - 1 BIJI (DIPUKUL)


4. SERBUK ROTI - 250 GRAM



5.SERBUK BISKUT MERI - 50 GRAM



6. MINYAK UNTUK MENGORENG


7. SERBUK PERASA






CARA-CARA:


1. Bersihkan cendawan dan siram dengan air mengalir 


2. Renjis serbuk perasa ke atas cendawan 


3.Gaulkan dengan tepung gandum


4. Celupkan cendawan ke dalam pukulan telur.


5. Toskan cendawan, masukkan ke dalam campuran serbuk roti dan serbuk biskut meri, biarkan disaluti sepenuhnya.


6. Panaskan minyak dan gorenglah cendawan kuning keemasan.



7. Hidangkan panas-panas dengan sos cili cili atau tomato.