Pages

Thursday, 18 December 2014

RAHSIA TANAMAN EMAS COTEK




Kali ini alamtanimoden ingin berkongsi dengan pembaca yang budiman betapa berharganya  nilai sejenis tanaman yang bernama Emas Cotek. Selain menjadi tanaman hiasan ia sangat kaya dengan nilai perubatan.




Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia boleh m emecah lemak serta menghilangkan  kolestrol yang berlebihan dalam saluran darah dan menghalang   dari sakit kepala  , angin ahmar dan membetulkan kerosakan urat saraf .bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta memulihkan  rahim pada kedudukan asal .

Faedah atau  kegunaan  mas cotek ialah

a. Memulihkan  kerosakkan urat saraf

b. Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin

c. Meningkatkan keinginan hubungan  suami isteri.

d. Membantu mengawal tekanan darah tinggi

e. Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan

f. Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah

g.Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda 

h. Mengurangkan tahap kolestrol dalam darah

i. Merawat penyakit paru-paru berair

j. Membantu masalah keputihan

k. Melancarkan peredaran haid


TEKNIK  PENGGUNAAN MAS COTEK


i.              MELALUI  AIR REBUSAN MAS COTEK


SEHELAI DAUN   DICAMPUR DENGAN   3 GELAS AIR  ,KEMUDIAN DIREBUS SEHINGGA MENJADI SEGELAS AIR. LAGI BERKESAN JIKA DICAMPUR DENGAN  DAUN BETINA DAN DAUN JANTAN. SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK.
           

ii.             SEDIAKAN AIR PANAS SEGELAS DAN RENDAM DENGAN DAUN MAS SECOTEK 3 HELAI.


No comments:

Post a Comment