Home » »

Written By Idris on Tuesday, 27 October 2015 | 06:53



PENGENALAN TRAKTOR EMPAT RODA  
                     

1.   Traktor Empat Roda.

Traktor merupakan sejenis jentera yang digerakkan oleh enjin dan direka untuk melakukan pelbagai jenis kerja ladang melalui penggunaan pelbagai alat implemen.

Traktor pertanian kini mempunyai ciri-ciri yang memudahkan dan meningkatkan kecekapan bekerja seperti stereng berkuasa, brek berkuasa, penyangkut 3-penjuru, berbagai jenis sistem penghantaran kuasa, aci sadap kuasa (pto), ruang pemandu berhawa dingin dan lain-lain.

1.1   Jenis  Traktor Empat Roda

        Jenis traktor yang digunakan untuk pertanian bergantung kepada jenis kerja yang perlu dilaksanakan:-
       

                         i.                    Traktor Beroda Rantai Atau Trek

Traktor jenis ini biasanya berkuasa tinggi dan digunakan untuk melaksanakan kerja berat di ladang. Ianya berkeupayaan untuk menarik alat implemen yang besar seperti bajak lima alur dan sebagainya.

Terdapat dua jenis traktor beroda rantai iaitu:-

a)    Trek  Separa

·         Terdiri daripada traktor yang diubahsuai di mana sepasang trek dipasang di bahagian belakang traktor menggantikan roda belakang.

·         Traktor seperti ini mempunyai tekanan sentuhan permukaan yang rendah di mana ini akan memberikan pergerakan yang lebih baik pada permukaan tanah yang lembut dan bermasalah.

b)   Trek Penuh

·         Traktor jenis ini dilengkapi dengan sepasang trek yang dipasang terus dari bahagian belakang hingga ke depan traktor.

·         Trek ini menyediakan permukaan yang luas bagi mengurangkan tekanan sentuhan permukaan.  Ini membolehkan jentera bergerak di atas permukaan tanah yang lembut serta akan mewujudkan daya tukisan yang tinggi (large traction force) untuk melakukan tugas-tugas berat seperti menolak tanah dan sebagainya.

                      i.   Traktor Beroda Berat

Traktor yang berkuasa tinggi (sehingga 500 kk) serta untuk kegunaan kerja lebih berat.  Traktor jenis ini biasanya dilengkapkan dengan roda getah berkembar. Ianya berkeupayaan untuk menarik implemen lebih besar untuk kegunaan di ladang-ladang yang besar seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.


                    ii.       Traktor 4 Roda Kegunaan Am

a.  Traktor jenis ini merupakan traktor empat roda berkuasa sederhana yang berjulat antara 15 kk hingga 100 kk.

b.  Traktor jenis ini boleh digunakan dikebanyakan ladang serta paling biasa digunakan pada masa kini.

c.   Traktor jenis ini juga dilengkapkan dengan pacuan dua atau empat roda, stereng berkuasa dan sebagainya.

d.  Rekabentuk dan binaan traktor juga adalah pelbagai, mengikut jenis tugas yang dijalankan seperti untuk kegunaan dusun, sawah, di bawah struktur dan sebagainya.

e.  Penghantaran kuasa secara terus melalui cekam dan kotak gear. Penyambungan implemen biasanya menggunakan drawbar dan penyambungan 3-penjuru. Traktor ini juga dilengkapkan dengan aci sadap kuasa (pto) untuk kegunaan implemen yang memerlukan kuasa putaran seperti alat pemotong rumput dan pembajak putar.

f.    Traktor jenis ini boleh menjalankan berbagai kerja di ladang seperti membajak tanah, membaja, menyembur racun, merumput, pengangkutan dan sebagainya, apabila disambungkan dengan implemen berkaitan.

1 comments:

  1. Saya akan merekomendasikan siapa pun yang mencari pinjaman Bisnis ke Le_Meridian, mereka membantu saya dengan pinjaman Empat Juta USD untuk memulai bisnis Quilting saya dan itu cepat. Ketika mendapatkan pinjaman dari mereka, mengejutkan betapa mudahnya mereka bekerja. Mereka dapat membiayai hingga jumlah $ 500,000,000.00 (Lima Ratus Juta Dolar) di wilayah mana pun di dunia selama ada 1,9% ROI yang dapat dijamin pada proyek tersebut. Prosesnya cepat dan aman. Itu benar-benar pengalaman positif. Hindari penipu di sini dan hubungi Layanan Pendanaan Le_Meridian Di. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. jika Anda mencari pinjaman bisnis.

    ReplyDelete