RAHSIA MELIMPAHKAN HASIL PERTANIAN SECARA SPIRITUAL
Menyempatkan diri beribadah
Allah telah menjanjikan bahawa DIA tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis kudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Daripada hadis kudsi ini kita dapat lihat bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah walau apa jua keadaan. justeru sesibuk manapun kita dalam melayari ALAM PERTANIAN ini, susunlah waktu dengan sebaiknya untuk tunaikan solat 5 waktu serta beribadah sebanyak-banyaknya.
0 comments:
Post a Comment