TUJUAN :
Kertas
penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pembaca mengenai kaedah penyediaan kompos ASAS.
1.0 KOMPOS
Penyediaan kompos
adalah satu aspek dalam bidang pertanian yang amat berguna untuk dipraktikkan
kerana ia mempunyai banyak kelebihan sebagai bahan media tanaman. Kegunaannya
begitu penting untuk menjaga alam sekitar dan mengembalikan kesuburan tanah.
Sekarang kompos telah mempunyai nilai komersial.
1.1 Definisi kompos
Kompos adalah satu media organik hasil pereputan
bahan tumbuhan dan haiwan yang mengandungi zat-zat pemakanan penting yang
diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.
1.2 Ciri-ciri dan
kematangan kompos
§ Warna coklat hitam atau
kehitam-hitaman
§ Peroi
§ Tidak melekat pada tangan apabila
dikepal
§ Berbau seperti tanah
§ Suhu sama dengan suhu sekeliling
§ Kemasaman pH 5.5 – 7.5
1.3 Kegunaan kompos
§ Membaiki tekstur dan struktur tanah.
§ Menambahkan dan membekalkan baja
ke dalam tanah.
§ Membaiki kelembapan dan pengudaraan tanah.
§ Membaik pulih tanah yang bermasalah.
2.0 ALAT-ALAT MEMBUAT
KOMPOS
2.1
Jenis dan kegunaan
alat membuat kompos
i.
Mesin
pencarik (shredder)
-
untuk
menghancur bahan kasar seperti batang jagong , dihancurkan atau di racik halus sebelum dikomposkan.
ii.
Cangkul
-
diguna
untuk memecah dan mengumpulkan tanah dan sisa-sasa sampah.
cangkul
iii.
Skop
-
Skop
jenis mata rata dan mata separuh bulat digunakan untuk membalik-balik bahan kompos.
iv.
Penyukat
suhu
-
digunakan
untuk menentukan suhu yang terdapat pada kompos dengan cara memasukkan jangka
suhu kedalam kompos yang telah
dilubangkan terlebih dahulu.
v.
Alat
penyiraman
-
digunakan
untuk melembabkan bahan yang hendak dikomposkan.
vi. Kanvas
plastik
-
digunakan
untuk menutup bahan-bahan longgokan kompos yang sedang dalam proses pereputan
vii.
Penyukat
kelembapan
-
menggunakan
Soil Tester. (Lihat gambarajah) Kelembapan ditentukan dengan cara
mencucukkan alat tersebut keseluruhan bahagian berlogam ke dalam bahan yang
hendak uji dan dapatkan bacaan yang di tunjukkan yang sesuai untuk proses
pengomposan dengan cara mencucukkan ke dalam timbunan kompos.
Penyukat Kelembapan
2.2
Keselamatan dan
penyimpanan alat
i.
Berhati-hati semasa menggunakan cangkul dan skop
semasa membalik-balikkan kompos.
ii.
Pakai kasut bertutup untuk mengelakkan kecederaan
pada kaki.
iii.
Pastikan peralatan dicuci dan dikeringkan sebelum
disimpan ke dalam setor.
iv.
Jangan tinggalkan merata-rata tempat alat yang
berharga seperti soil tester dan sebagainya.
v.
Simpan semua alat dengan tersusun dan di tempat yang
dikhaskan.
3.0 BAHAN-BAHAN DIGUNA
UNTUK MEMBUAT KOMPOS
3.1 Jenis bahan diguna
untuk membuat kompos
i.
Bahan asas digunakan adalah dari sisa tanaman
seperti:
§ sisa tandan kosong atau sabut buah kelapa sawit,
§ sisa sabut kelapa,
§ sisa jerami atau sekam padi,
§ sisa kulit kopi/koko,
§ sisa batang jagong.
ii.
Inokulum
-
Inokulum adalah hidupan seni seperti bakteria dan
fungus yang berfungsi mereputkan bahan asas kompos. Hidupan ini boleh didapati
di dalam najis haiwan, tanah atas ATAU IM0 4 Tindakbalas
inokulum akan menjadi lebih aktif apabila ditambah dengan unsur nitrogen
seperti baja urea.
Penggunaan IMO4 boleh mencepatkan pereputan sehingga mengambil masa 3 minggu. Kalau dulu mengambio masa 3 bulan.
IMO 4
iii.
Air
-
Air
siraman tanaman adalah sesuai digunakan untuk melembapkan bahan asas kompos.
Kelembapan tidak melebihi 50%. Gunakan jangka kelembapan untuk menentukannya.
Kelembapan dapat dikawal dengan menutupi seluruh timbunan bahan kompos dengan penutup kalis
air seperti kanvas plastik. Proses pengomposan tidak aktif jika keadaan
kelembapan terlau kering atau terlalu basah.
iv.
Unsur
Nitrojen
-
Unsur
Nitrojen seperti urea atau Ammoniam sulfat perlu ditambahkan ke dalam pembuatan kompos
untuk membantu mempercepatkan pereputan.
v.
Kapur
-
Kapur GML atau kapur biasa ditaburkan pada setiap
lapisan himpunan bertujuan untuk mengawal pH atau kemasaman bagi membantu
mempercepatkan proses pereputan.
3.2 Nisbah bahan diguna
untuk membuat kompos
Secara amnya nisbah
campuran (mengikut berat) berikut boleh digunakan:
Bahan asas : Najis
haiwan : Baja Nitrogen : Kapur
50 :
5 – 10 :
2 – 4 :
2 - 4
3.3 Peratus kehilangan
berat bahan setelah dikomposkan.
Peratus kehilangan berat bahan berbeza
mengikut jenis bahan asas digunakan. Bahan mengandungi banyak air dan berongga
tinggi lebih tinggi peratus kehilangan.
4.0 TEMPAT MEMBUAT KOMPOS
–
Bagi kawasan tapak semaian, ladang dan projek
tanaman, kawasan kompos perlu diadakan
untuk membuat persediaan media tanaman yang subur dan baik untuk pertumbuhan
pokok. Kawasan kompos yang disediakan dapat membantu proses penyediaan kompos
dan pereputan dengan lebih baik.
1.1 Ciri-ciri kawasan / tapak penyediaan kompos
§ Tidak menakung air (bebas dari
ditenggelami air).
§ Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti
jalan, bekalan elektrik dan air.
§ Topografi rata – memudahkan kerja
menggunakan jentera seperti mesin
peracik
(shredder), lori dan
sebagainya.
§ Berhampiran dengan ladang tanaman.
5.0 PEMBUATAN KOMPOS
5.1 Aktiviti penyediaan
kompos
a)
Sediakan bahan-bahan untuk dijadikan kompos.
b)
Sediakan alat untuk membuat kerja-kerja
pengkomposan.
c)
Sediakan di tempat tidak ditakongi air
d)
Buat himpunan bahan hendak dikompos seperti berikut:
i.
Longgokkan bahan asas setinggi 20 – 30 sm selebar 2 meter x
2 meter.
ii.
Tabur rata baja mengandungi unsur Nitrogen seperti
Urea atau Ammonia Sulfat (SA)
sebanyak (10 – 15) gm.
iii.
Tabur kapur sebanyak
(10 – 15) gm
iv.
Tabur bahan inokulum di atas lapisan tersebut
setebal 10 sm.
v.
Air disiram rata sehingga 50 % kelembapan.
vi.
Ulang proses seperti di atas sehingga timbunan
menjadi setinggi 1.5 meter
vii.
Tutup keseluruhan himpunan dengan plastik kanvas.
5.2 Mengesan keaktifan
proses pengkomposan
Selepas beberapa
jam, himpunan bahan menjadi panas , menandakan ia aktif dan proses pereputan sedang berlaku.
Suhu dikesan supaya
dapat dikawal suhu himpunan kompos tidak
melebihi 700C. Suhu sangat
panas dan melebihi had akan membunuh bakteria dan fungus yang berfungsi
mereputkan bahan asas kompos.
Himpunan kompos perlu dibalik-balikan setiap seminggu sekali .Bertujuan
untuk menggaulkan campuran supaya serata, menurunkan suhu dan mempercepatkan
kematangan. Biasanya kompos akan matang
dalam masa 2 hingga 3 bulan bergantung jenis jenis bahan asas yang digunakan.
5.3 Menentukan tahap
kematangan kompos
Tahap kematangan
kompos dapat ditentukan apabila mencapai keadaan seperti berikut :
a)
Suhu akan menurun ke paras suhu sekeliling dan tidak
meningkat walaupun bahan dibalik-balikkan.
b)
Warna bertukar menjadi coklat kehitaman pada
keseluruhannya.
c)
Peroi dan tidak melekat di tangan apabila dikepal.
d)
Tidak berbau.
5.4
Penyimpanan kompos
Kompos yang telah
matang bolehlah dimasukkan ke dalam kampit untuk disimpan atau dipasarkan.
JUMPA LAGI ...........assalamualaikum
salam, saya mohon copy dan share...terima kasih
ReplyDelete