Pages

Monday, 20 June 2016




 TANAMAN KERANDANG   BERKASIAT UNTUK AWET MUDA

Nama  botaninya ialah Carissa Carandas. Amalan memakan buah kerandang adalah baik bagi  mengekalkan  awet muda kerana mengandungi bahan anti oksidan yang tinggi.

CIRI KHAS:
Berasal dari India
Sukar dibiakkan.
Baik untuk membuat bonsai
Baik untuk  pangkasan dedaun
Baik untuk Hedges dan Sempadan
Menarik burung, rama-rama dan lebah
Haiwan tidak akan makan
Berduri 
Sesuai untuk penanaman  di tepi jalan




BUAH KERANDANG  MUDA



BUAH KERANDANG MASAK


BUNGA KERANDANG






Cara menggunakan:


1. Petik beberapa biji buah kerandang yang telah masak.

2.  Buah kerandang yang baharu dipetik, biasanya bergetah.

3.  Kita perlu membersihkannya terlebih dulu.
4. Bagi  menghilangkan  getah yang mungkin terdapat pada buah kerandang yang anda petik tadi. rebuskan buahnya  di dalam air  mendidih.


5. Kemudian, anda jadikan buah kerandang yang telah direbus  sebagai ulam ketika makan
Boleh dimakan bersama nasi, ulam-ulaman serta lauk-pauk lain. Amalkannya selalu secara berterusan untuk kelihatan awet muda.


RUJUKAN :


1.http://petuasejagat.blogspot.my/2010/06/petua-awet-muda-dengan-buah-kerandang.html

2. MASJID RAHIMAH GOMBAK

3. PELATIH IPKL PAHANG


Friday, 17 June 2016

CAHAYA , HIDAYAT, PETUNJUK SANGAT DIPERLUKAN OLEH SETIAP HAMBA ALLAH UNTUK KEBAHAGIAN HIDUP




PENGENALAN NUR (CAHAYA) Nur atau cahaya itu ialah sesuatu yang menyebabkan kita nampak dengan jelas akan sesuatu. Baik dengan mata kepala (Nazariah) kita atau mata hati (Basariah). Ia adalah perlu untuk kehidupan manusia terutama dalam kehidupan yang berhubung dengan agama dan penerimaan petunjuk daripada Allah s.w.t. 

BAHAGIAN CAHAYA ( HIDAYAT)  DALAM BIDANG PERTANIAN 




A. CAHAYA   SEMULA JADI

- POKOK  MELAKUKAN  FOTOSINTISIS









B. CAHAYA PANCAINDERA
- MELALAUINYA KITA DAPAT MELIHAT, MENDENGAR.

C. CAHAYA AKAL -






- ADA PADA MANUSIA YANG WARAS
- DENGANNYA MANUSIA BERFIKIR 

D. CAHAYA KETUHANAN ( AGAMA)



- CAHAYA INI HANYA DI BERI KEPADA SESIAPA YANG DIPILIH.

- IA MENJADI PEGANGAN DALAM KEHIDUPANNYA

- CONTOHNYA : APABILA SESEORANG PETANI HENDAK MENANAM BENIH, LALU DI DALAM HATINYA BERNIAT ..." AKU MENANAM  INI KERANA ALLAH"







Sunday, 12 June 2016

SOS CILI BETIK SANGAT LAZAT DAN BOLEH DIUSAHAKAN BAGI MENYELSAIKAN MASALAH EKONOMI MELESET.

SOS CILI BETIK



BAHAN-BAHAN :


1. LADA KERING - 5 KILOGRAM






2. PES TOMATO -  5 KILOGRAM











3. TEPUNG JAGUNG DIUBAHSUAI - 4 KILOGRAM










4. ASID ASITIK PEKAT - 800 MILILITER










5. BAWANG PUTIH - 700 GRAM







6.  NATRIUM BENZOAT -  100 GRAM








7. PEWARNA MERAH ( PONCEAU 4 R )  - 3 GRAM
     







8. GARAM -  4 KILOGRAM









9. BETIK MASAK  HANCUR - 10 KILOGRAM








10. AIR - 70 LITER










11. GULA  - 42.685 KILOGRAM








CARA PROSES :

1. RENDAM LADA KERING SEHINGGA KEMBANG.
    BASUH LADA  DALAM BESEN. MASUKKAN KE  DALAM RAGA                           JARANG. SIRAM DENGAN AIR.
    DAN TOSKAN .

2. KISAR LADA BERSAMA-SAMA AIR  DALAM RESEPI MENGGUNAKAN MESEN PENGISAR LADA SEHINGGA HANCUR.


3.MASUKKAN SEMUA BAHAN-BAHAN DI ATAS  KE DALAM PERIUK  MEMASAK. KECUALI  NATRIUM BENZOAT DAN  ASID ASITIK.


4. PANASKAN BAHAN-BAHAN  DI ATAS SEHINGGA HAMPIR MENDIDIH. APABILA HAMPIR MENDIDIH , MASUKKAN ASID ASITIK.


5. APABILA MENDIDIH, MASUKKAN  NATRIUM BENZOAT.

6. APABILA CUKUP MASAK, MASUKKAN KE DALAM BOTOL YANG TELAH DI BERSIHKAN DAN DI PANASKAN.

RUJUKAN :

1. INSTITUT PERTANIAN KUALA LIPIS

2. PENGALAMAN PENULIS

3. MARDI

4.  JABATAN PERTANIAN