TANAMAN KERANDANG BERKASIAT UNTUK AWET MUDA
Nama botaninya ialah Carissa Carandas. Amalan memakan buah kerandang adalah baik bagi mengekalkan awet muda kerana mengandungi bahan anti oksidan yang tinggi.
CIRI KHAS:
Berasal dari India
Sukar dibiakkan.
Baik untuk membuat bonsai
Baik untuk pangkasan dedaun
Baik untuk Hedges dan Sempadan
Menarik burung, rama-rama dan lebah
Haiwan tidak akan makan
Berduri
Sesuai untuk penanaman di tepi jalan
BUAH KERANDANG MUDA
BUAH KERANDANG MASAK
BUNGA KERANDANG
Cara menggunakan:
1. Petik beberapa biji buah kerandang yang telah masak.
2. Buah kerandang yang baharu dipetik, biasanya bergetah.
3. Kita perlu membersihkannya terlebih dulu.
4. Bagi menghilangkan getah yang mungkin terdapat pada buah kerandang yang anda petik tadi. rebuskan buahnya di dalam air mendidih.
5. Kemudian, anda jadikan buah kerandang yang telah direbus sebagai ulam ketika makan
Boleh dimakan bersama nasi, ulam-ulaman serta lauk-pauk lain. Amalkannya selalu secara berterusan untuk kelihatan awet muda.
RUJUKAN :
1.http://petuasejagat.blogspot.my/2010/06/petua-awet-muda-dengan-buah-kerandang.html
2. MASJID RAHIMAH GOMBAK
3. PELATIH IPKL PAHANG
No comments:
Post a Comment