TEKNOLOGI MEMPROSES BEPANG KACANG TANAH
PENDAHULUAN :
BEPANG KACANG ADALAH SATU DARIPADA BERBAGAI HASIL MAKANAN RINGAN YANG BOLEH DISEDIAKAN DARI BIJI KACANG TANAH. IANYA SANGAT DI SUKAI OLEH SEGOLONGAN BESAR KANAK-KANAK SERTA KAUM DEWASA DISEBABKAN HASIL TERSEBUT MANIS SERTA RANGUP.
SEBAGAIMANA HASIL KACANG GORENG BERTEPUNG, HASIL INI JUGA SUDAH DISEDIAKAN DIPERINGKAT KECILAN ATAU BESAR.
CARA PEMPROSESAN :
1.1 BAHAN-BAHAN MENTAH
1. BIJI KACANG TANAH - 1 Kilogram
2. GULA - 1 Kilogram
3. BIJAN - 200 Gram
4. GLUKOS SIRAP ( 81.2 Brix atau 43 darjah Baume) - 206.8 Gram ( 4 sudu besar)
5. Air - 120 mililiter
6 . CUKA MAKAN , 20 mililiter
7. MARGERIN ATAU MINYAK MAKAN - UNTUK DI SAPU PADA ACUAN.
1.2 ALAT-ALAT YANG DIPERLUKAN
1. TALAM LEPER BERURUKAN 0.5 Inci x 9 inci x 28 inci
2. ROLLER 9 inci PANJANG
2.3 TEKNIK MEMPROSES :
1. KACANG DIPILIH DAN DIGORENG
2. KULIT DIBUANG DAN KACANG KACANG DUA ATAU DIPOTONG
3. SIRAP DIMASAK ( GULA + AIR + CUKA + GLUKOSE SIRAP ) SEHINGGA 165 ◦ Celsius
4. SAMBIL MENUNGGU SIRAP SIAP , KACANG DIPANAS SUPAYA CAMPURAN KACANG DAN SIRAP TIDAK CEPAT SEJUK.
5. AIR SIRAP, KACANG DAN BIJIAN DICAMPUR DAN DITUANG KE DALAM TALAM YANG DICAMPUR DENGAN MARGERINE ATAU MINYAK SAYURAN DAN DIGALAK SEMASA PANAS.
6. POTONG SEMASA PANAS ( BESAR 1 INCI X 2 INCI X 0.5 INCI)
7. BIARKAN SEJUK DAN SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA
8. BUNGKUS DALAM PLASTIK PP ( POLIPROPOLINE 0.08 milimeter TEBAL)
SELAMAT MENCOBA ....
0 comments:
Post a Comment