Pages

Wednesday, 23 December 2015






TEKNOLOGI  MEMPROSES TAUHU KERAS

BAHAN-BAHAN :

1. KACANG SOYA - 1Kilogram

2. BATU BENANG SILA ( SIAKO) - 25 gram

3. AIR - 6 LITER


KAEDAH PEMBUATAN :

1. PILIH KACANG SOYA YANG BERMUTU . BASUH KACANG SOYA DAN RENDAM DALAM AIR YANG BANYAK SELAMA  4 - 5 JAM.

2. SELEPAS 4 - 5 JAM KELUARKAN AIR RENDAMAN DAN  BASUH SEHINGGA BERSIH. LETAK DALAM BEKAS JARANG  DAN SIRAM DENGAN AIR  DAN KEMUDIAN TOSKAN.

3. KISAR DENGAN MESIN PENGISAR BERSAMA  AIR RESEPI  DAN PERAH DENGAN KAIN NIPIS.

4. TAPIS SUSU DENGAN KAIN NIPIS.

5. PANASKAN SUSU  KACANG SOYA DENGAN API SEDERHANA SEHINGGA MENDIDIH. APABILA MENDIDIH PERLAHANKAN API DAN PANASKAN LAGI DALAM 5 MINIT.

6. SEMANTARA MEMENASKANA SUSU, CAMPURKAN SIAKO 25 gram DENGAN AIR SECAWAN. BANCUH DAN MASUKKAN KE DALAM BEKAS  PEMBEKUAN. PASTIKAN SIAKO MELEKAT DI DINDING BEKAS PEMBEKUAN.

7. SUSU YANG MENDIDIH DITAPIS SEKALI LAGI DENGAN KAIN. KEMUDIAN CURAH KE DALAM BEKAS PEMBEKUAN. TUDUNG. BIARKAN SELAMA 10 MINIT SUPAYA  IA MEMBEKU..

8.MASUKKAN SUSU YANG MEMBEKU KE DALAM ACUAN TAUHU YANG BERALASKAN KAIN NIPIS PUTIH YANG BASAH.

9.TEKAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PENEKAN. BIARKAN  SEHINGGA SEJUK.

10. KELUARKAN DARI ACUAN, POTONG MENGIKUT BENTUK 4 SEGI DAN RENDAM DALAM AIR SEJUK.



Khasiat Tauhu - 
 Tahu adalah  salah satu makanan berkhasiat  yang berasal dari kacang soya.  Makanan ini banyak didapati dipasaran . Mengikut sejarah, tauhu berasal dari Tiongkok yang disebut dengan tauhu. Sedangkan di Jepan, tauhu dikenali sebai  taufu. Tauhu mempunyai tekstur yang lebih keras dibandingkan dengan taufu. Jika taufu, memiliki tekstur yang lembut dan mudah hancur. 
Manfaat Tahu Bagi Kesehatan
Nutrisi  tauhu bagi setiap 100 g Tauhu , diantaranya:
- Kalori  - 68 kkal
- Proten -  7,8 gram
- Lemak -  4,6 gram
- Karbohidrat - 1.6 gram
- Kalsium  - 124 mg
- Fosforus -  63 mg
- Zat besi (Fe)  -  1 mg
- Vitamin B1  - 0,06 mg
Itulah beberapa kandungan nutrisi yang terdapat pada 100 gram tahu. Selain itu, pada tahu juga terdapat nutrisi seperti magnesium, seng, kalium, asam folat dan vitamin A. Dengan nutrisinya tersebut, tahu berpotensi menyehatkan tubuh.

Berikut adalah khasiat  tauhu untuk  kesehatan :


Menjaga Kesehatan Tulang

Kandungan kalsium dan fosforus yang terdapat pada tauhu sangat berkesan  dalam pembinaan  tulang dan mencehah  osteoporosis. 
Mencegah Anemia
Mencegah anemia ( kekurangan sel darah merah dalam jumlah tertentu). 
Menjaga Kesehatan Kulit
Kandungan vitamin dan mineralnya mampu menjaga kulit, sehingga kelembaban kulit tetap terjaga. 
Anti Kanser

Tauhu juga dipercaya sebagai makanan anti-kanser yang sangat baik bagi tubuh. Tauhu mengandung isoflavon yang bermanfaat dalam mengurangi risiko terkena kanser. 
Menjaga Berat Badan Tubuh
Tauhu juga dimanfaatkan dalam menjaga berat badan tubuh. Hal ini disebabkan tingkat kalori pada tauhu yang tidak terlalu tinggi. Selain itu nutren i pada tauhu dapat membuat kenyang dan dapat menurunkan kolesterol. 



Rujukan:

1. Pengalaman Penulis

2. Nota Institut Pertanian 

3. MARDI







No comments:

Post a Comment