TANAMAN UNTUK MEMBUAT CINCAU- part 1
Cincau atau Lengkong atau Beleda Hitam merupakan sejenis makanan yang biasa digunakan dalam membuat minuman. Rupa fizikal ialah seperti jeli yang berwarna hitam, jaringannya kenyal dan payah pecah.
Untuk membuat minuman, cincau dipotong kecil-kecil atau di parut sebagai strips dan dimasukkan ke dalam air yang dicampur gula. Minuman ini boleh diminum sejuk atau panas.
Di Malaysia ,pemprosesan cincau dipercayai telah diterokai oleh bangsa Cina, tetapi penggunaannya telah meluas di kalangan bangsa-bangsa lain terutamanya bangsa Melayu di Malaysia.
Untuk menghasilkan cincau hijau, bahan utama yang diperlukan ialah daun dari sejenis tumbuhan Cyclea berbata atau dipanggil Jelly grass. Daun dari tumbuhan ini mempunyai bahan kaloid ' Cyclein ' yang dipercayai dapat mengubati demam panas.
Cyclea berbata
Untuk menghasilkan cincau hitam menggunakan Mesona palustris Tumbuhan Jelly grass boleh didapati di hutan Malaysia dan di Asia Tenggara.
Mesona palustris
No comments:
Post a Comment