PENGENALAN
TRAKTOR EMPAT RODA
1.
Traktor Empat Roda.
Traktor merupakan sejenis jentera yang digerakkan oleh enjin dan direka
untuk melakukan pelbagai jenis kerja ladang melalui penggunaan pelbagai alat
implemen.
Traktor pertanian
kini mempunyai ciri-ciri yang memudahkan dan meningkatkan kecekapan bekerja
seperti stereng berkuasa, brek berkuasa, penyangkut 3-penjuru, berbagai jenis
sistem penghantaran kuasa, aci sadap kuasa (pto),
ruang pemandu berhawa dingin dan lain-lain.
1.1
Jenis Traktor Empat Roda
Jenis traktor yang digunakan
untuk pertanian bergantung kepada jenis kerja yang perlu dilaksanakan:-
i.
Traktor Beroda Rantai Atau Trek
Traktor jenis ini biasanya berkuasa tinggi dan digunakan untuk melaksanakan
kerja berat di ladang. Ianya berkeupayaan untuk menarik alat implemen yang
besar seperti bajak lima alur dan sebagainya.
Terdapat dua jenis
traktor beroda rantai iaitu:-
a)
Trek Separa
·
Terdiri daripada traktor
yang diubahsuai di mana sepasang trek dipasang di bahagian belakang traktor
menggantikan roda belakang.
·
Traktor seperti ini
mempunyai tekanan sentuhan permukaan yang rendah di mana ini akan memberikan
pergerakan yang lebih baik pada permukaan tanah yang lembut dan bermasalah.
b)
Trek Penuh
·
Traktor jenis ini
dilengkapi dengan sepasang trek yang dipasang terus dari bahagian belakang
hingga ke depan traktor.
·
Trek ini menyediakan
permukaan yang luas bagi mengurangkan tekanan sentuhan permukaan. Ini membolehkan jentera bergerak di atas
permukaan tanah yang lembut serta akan mewujudkan daya tukisan yang tinggi
(large traction force) untuk melakukan tugas-tugas berat seperti menolak tanah dan
sebagainya.
i. Traktor Beroda Berat
Traktor yang berkuasa tinggi (sehingga 500 kk) serta untuk kegunaan kerja lebih
berat. Traktor jenis ini biasanya
dilengkapkan dengan roda getah berkembar. Ianya berkeupayaan untuk menarik
implemen lebih besar untuk kegunaan di ladang-ladang yang besar seperti di
Eropah dan Amerika Syarikat.
ii.
Traktor 4 Roda Kegunaan Am
a. Traktor jenis ini merupakan traktor empat roda berkuasa sederhana yang berjulat
antara 15 kk hingga 100 kk.
b. Traktor jenis ini boleh digunakan dikebanyakan ladang serta paling biasa digunakan
pada masa kini.
c. Traktor jenis ini juga dilengkapkan dengan pacuan dua atau empat roda, stereng
berkuasa dan sebagainya.
d. Rekabentuk dan binaan traktor juga adalah pelbagai, mengikut jenis tugas
yang dijalankan seperti untuk kegunaan dusun, sawah, di bawah struktur dan sebagainya.
e. Penghantaran kuasa secara terus melalui cekam dan kotak gear. Penyambungan
implemen biasanya menggunakan drawbar
dan penyambungan 3-penjuru. Traktor ini juga dilengkapkan dengan aci sadap kuasa
(pto) untuk kegunaan implemen yang
memerlukan kuasa putaran seperti alat pemotong rumput dan pembajak putar.
f. Traktor jenis ini boleh menjalankan berbagai kerja di ladang seperti membajak
tanah, membaja, menyembur racun, merumput, pengangkutan dan sebagainya, apabila
disambungkan dengan implemen berkaitan.