RAHSIA HALIA
Dalam Al Quran, Allah berfirman menceritakan tentang minuman halia kepada penghuni syurga Allah, maksudnya. " Mereka (orang yang bertakwa di dalam syurga ) diberi minum segelas air yang bercampur dengan Halia." (Surah Al - Insan : 17).
Nabi S.A.W juga gemar makan halia. Sebuah hadis bersumber daripada Abu Said al Khudri menyebut bahawa " Raja Rom pernah menghadiahkan satu takar kecil halia kepada Rasullah s. a. w/ lalu baginda memakannya dan diberikan juga kepada sahabat yang ada bersamanya. "
Khasiat Halia:
Terdapat pelbagai jenis halia. Ada yang bewarna kuning dan merah. Sebaik-baik halia ialah halia merah ( halia bara). Di antara khasiat halia ialah :
1. Menyegarkan dan menguatkan urat saraf
2. Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak
3. Membetulkan perjalanan darah dalam tubuh
4. Menguatkan ingatan
Cara Memakan Halia :
- Hiris atau tumbuk dan masukkan ke dalam masakan
- Jadikan manisan (halwa) dan makan di waktu pagi. Ia amat mujarab bagi mengatasi penyakit lupa.
- Rebus dan minum airnya. Untuk rasa enak tambah sedikit gula dan susu mengikut rasa.
- Tumbuk dan hancurkan dan rendam dengan air panas.
- Minum dalam keadaan panas atau suam
- Jangan dicampur ais
Rujukan :
1. Panduan Mencerdaskan Minda - Siti Nor Bahyah Mahmood
0 comments:
Post a Comment