CARA SEMAI BIJI BENIH SAYUR BERKESAN
Alat :
1. Tray berbilang sel
2. Plastik Hitam
3. Batang paip atau bata merah atau kayu
Bahan :
1. Peat most
2. Air
3. Baja A dan Baja B
4. Racun dari Bawang putih yang telah di Blend
5. BIM ( Organisma berguna )
Cara :
1.Media - Peat most dibasahkan dengan air dan di campur dengan BIM
atau Tanah campuran : 2 bahagian tanah : 1 bahagian tahi lembu reput/ kompos/Sekam padi bakar dan : 1 bahagian pasir )
2. Isi media peat most ke dalam Tray berbilang sel sehingga penuh
3. Buat lubang tohor atau cetek di permukaan tray.
4. Letak benih Sayur ( Contoh : Benih Cili/Tomato/Timun)
5. Tutup benih dengan peat most
6. Sembur dengan larutan bawang putih
7. Bungkus dalam plastik hitam
8. Biarkan selama 3 hari
9. Keluarkan dan letakkan air yang mengandungi baja A dan B
10. Biarkan sehingga boleh di alih ke ladang
No comments:
Post a Comment