Pages

Saturday, 15 March 2014

BUAT KOMPOS GUNA CACING





CARA MUDAH BUAT KOMPOS GUNA CACING ( VERMIKOMPOS)


Pengertian Vermikompos
Vermikompos adalah kompos yang diperoleh dari hasil pereputan  bahan-bahan organik ( Sisa tanaman)  yang dimakan dan di cerna  oleh cacing tanah. Vermikompos merupakan campuran kotoran cacing tanah (casting) dengan sisa media . Oleh karena itu, vermikompos merupakan baja organik yang  mesra alam  dan memiliki kelebihan tersendiri dibandingkan dengan kompos lain yang kita kenal selama ini.

Kandungan Vermikompos

1.     Humus atau asid  Humid
2.     Hormon pertumbuhan tanaman

3.      Organisma  berguna  di dalam  tanah


Kelebihan  Vermikompos

·         Vermikompos mempunyai kemampuan menyimpan air sebanyak  40-60% sehingga mampu mengekalkankan 
   kelembapan di dalam tanah.
·         Mengemburkan tanah  dan menuteralkan pH tanah.
·         Vermikompos mengandung berbagai unsur nutrien yang diperlukan oleh tanaman seperti N, P, K, Ca, Mg, S, Fe, Mn, Al, Na, Cu, Zn, Bo, dan Mo tergantung pada bahan yang digunakan.

·         Meningkatkan kesuburan tanah.
·         Membkanantu proses penghancuran bahan organik.

·         Mencepatkan pengeluaran akar baharu.

CARA MEMBUAT KOMPOS

1. Masukkan tahi kambing ke dalam guni dan ikat guni dengan tali.
2. Masukkan ke dalam bekas ( Tong/Koloh) yang mengandungi air.
3. Biarkan selama 7 hari, supaya ang berbau tahi kambing  kurang       berbau dan menjadi sejuk.
4. Selepas 7 hari, keluarkan dari bekas dan keringkan air (tos).
5. Ambil  sisa tanaman yang telah kering dan telah dipotong                ( Contoh : Rumput kering ).
6. Gaul tahi kambing dengan rumput kering dan tanah  sebanyak         seguni.
7. Letak campuran ke atas lantai dan buat  batas panjang.
8. Biarkan  campuran selama 2 - 3 hari  dan siram  dengan air               melalui semburan halus .
9. Selepas itu baharulah dimasukkan caing tanah ke dalamnya.




10. Tutup batas dengan jaring hitam dan likungkan kawasan dengan       jaring hitam.
11. Biarkan 2 minggu ,sehingga menjadi kompos.





Penggunaan Vermikompos

·         Untuk tanaman dalam pasu, 1 kg vermikompos dicampur dengan 3 kg tanah.

·        Untuk tanaman dalam pasu 6-10 kg vermikompos untuk setiap 10 m2 luas  atau 6-10 ton/ha  sawah.



Catatan :

1. Semasa proses  membuat kompos ada terhasil  air buangan, ini mengandungi asid Humid dan boleh disiram pada akar tanaman.
2. Katakanlah  Tanaman kita terbantut. Maka tanah  digembur dikeliling pokok dan siram dengan asid humid.  Akar baharu akan tumbuh.
3. Inilah alam pertanian moden yang menakjubkan.


No comments:

Post a Comment