Pages

Saturday, 14 December 2013

TEKNIK PENYEDIAAN KOMPOS


              


TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pembaca mengenai kaedah penyediaan kompos  ASAS.

1.0  KOMPOS

Penyediaan kompos adalah satu aspek dalam bidang pertanian yang amat berguna untuk dipraktikkan kerana ia mempunyai banyak kelebihan sebagai bahan media tanaman. Kegunaannya begitu penting untuk menjaga alam sekitar dan mengembalikan kesuburan tanah. Sekarang kompos telah mempunyai nilai komersial.


1.1  Definisi kompos

Kompos adalah satu media organik hasil pereputan bahan tumbuhan dan haiwan yang mengandungi zat-zat pemakanan penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.



1.2  Ciri-ciri dan kematangan kompos
§   Warna coklat hitam atau kehitam-hitaman
§   Peroi
§   Tidak melekat pada tangan apabila dikepal
§   Berbau seperti tanah
§   Suhu sama dengan suhu sekeliling
§   Kemasaman pH 5.5 – 7.5

1.3  Kegunaan kompos
§  Membaiki tekstur dan struktur tanah.
§  Menambahkan dan membekalkan  baja ke dalam tanah.
§  Membaiki kelembapan dan pengudaraan tanah.
§  Membaik pulih tanah yang bermasalah.

2.0  ALAT-ALAT MEMBUAT KOMPOS   
 
2.1  Jenis dan kegunaan alat membuat kompos

i.              Mesin pencarik (shredder)
-          untuk menghancur bahan kasar seperti batang jagong , dihancurkan  atau di racik halus sebelum dikomposkan.



ii.             Cangkul
-          diguna untuk memecah dan mengumpulkan tanah dan sisa-sasa sampah.


cangkul


iii.            Skop
-          Skop jenis mata rata dan mata separuh bulat digunakan untuk membalik-balik  bahan kompos.




iv.           Penyukat suhu
-          digunakan untuk menentukan suhu yang terdapat pada kompos dengan cara memasukkan jangka suhu kedalam  kompos yang telah dilubangkan terlebih dahulu.



v.            Alat penyiraman
-          digunakan untuk melembabkan bahan yang hendak dikomposkan.

vi.          Kanvas plastik
-          digunakan untuk menutup bahan-bahan longgokan kompos yang sedang dalam proses pereputan

vii.          Penyukat kelembapan
-          menggunakan Soil Tester. (Lihat gambarajah) Kelembapan ditentukan dengan cara mencucukkan alat tersebut keseluruhan bahagian berlogam ke dalam bahan yang hendak uji dan dapatkan bacaan yang di tunjukkan yang sesuai untuk proses pengomposan dengan cara mencucukkan ke dalam timbunan kompos.

Penyukat Kelembapan 


 
2.2  Keselamatan dan penyimpanan alat 

i.          Berhati-hati semasa menggunakan cangkul dan skop semasa membalik-balikkan kompos.
ii.         Pakai kasut bertutup untuk mengelakkan kecederaan pada kaki.
iii.        Pastikan peralatan dicuci dan dikeringkan sebelum disimpan ke dalam setor.
iv.       Jangan tinggalkan merata-rata tempat alat yang berharga seperti soil tester dan sebagainya.
v.        Simpan semua alat dengan tersusun dan di tempat yang dikhaskan.



3.0  BAHAN-BAHAN DIGUNA UNTUK MEMBUAT KOMPOS    

3.1  Jenis bahan diguna untuk membuat kompos

i.      Bahan asas digunakan adalah dari sisa tanaman seperti:

§  sisa tandan kosong atau sabut buah kelapa sawit,
§  sisa sabut kelapa,
§  sisa jerami atau sekam  padi,
§  sisa kulit kopi/koko,
§  sisa batang jagong.

ii.     Inokulum
-          Inokulum adalah hidupan seni seperti bakteria dan fungus yang berfungsi mereputkan bahan asas kompos. Hidupan ini boleh didapati di dalam najis haiwan, tanah atas ATAU IM0 4 Tindakbalas inokulum akan menjadi lebih aktif apabila ditambah dengan unsur nitrogen seperti  baja urea.
      Penggunaan IMO4 boleh mencepatkan pereputan sehingga  mengambil masa 3 minggu. Kalau  dulu mengambio masa 3 bulan.

IMO 4


iii.    Air
-          Air siraman tanaman adalah sesuai digunakan untuk melembapkan bahan asas kompos. Kelembapan tidak melebihi 50%. Gunakan jangka kelembapan untuk menentukannya. Kelembapan dapat dikawal dengan menutupi seluruh  timbunan bahan kompos dengan penutup kalis air seperti kanvas plastik. Proses pengomposan tidak aktif jika keadaan kelembapan terlau kering atau terlalu basah.





iv.   Unsur  Nitrojen
-          Unsur  Nitrojen seperti urea atau Ammoniam sulfat  perlu ditambahkan ke dalam pembuatan kompos untuk membantu mempercepatkan pereputan.




v.    Kapur
-          Kapur GML atau kapur biasa ditaburkan pada setiap lapisan himpunan bertujuan untuk mengawal pH atau kemasaman bagi membantu mempercepatkan proses pereputan.





3.2  Nisbah bahan diguna untuk membuat kompos

Secara amnya nisbah campuran (mengikut berat) berikut boleh digunakan:
          Bahan asas      :   Najis haiwan    :          Baja Nitrogen : Kapur           
                 50              :          5 – 10          :                2 – 4                        :         2 - 4


3.3  Peratus kehilangan berat bahan setelah dikomposkan.

Peratus kehilangan berat bahan berbeza mengikut jenis bahan asas digunakan. Bahan mengandungi banyak air dan berongga tinggi lebih tinggi peratus kehilangan.



           
4.0  TEMPAT MEMBUAT KOMPOS –

Bagi kawasan tapak semaian, ladang dan projek tanaman, kawasan kompos perlu diadakan  untuk membuat persediaan media tanaman yang subur dan baik untuk pertumbuhan pokok. Kawasan kompos yang disediakan dapat membantu proses penyediaan kompos dan pereputan dengan lebih baik.

1.1 Ciri-ciri kawasan / tapak  penyediaan kompos

§  Tidak menakung air (bebas dari ditenggelami air).
§  Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan elektrik dan air.
§  Topografi rata – memudahkan kerja menggunakan jentera seperti  mesin peracik                                   (shredder), lori dan sebagainya.
§  Berhampiran dengan ladang tanaman.








5.0  PEMBUATAN KOMPOS

5.1  Aktiviti penyediaan kompos

a)        Sediakan bahan-bahan untuk dijadikan kompos.
b)        Sediakan alat untuk membuat kerja-kerja pengkomposan.
c)        Sediakan di tempat tidak ditakongi air
d)        Buat himpunan bahan hendak dikompos seperti berikut:

i.      Longgokkan bahan asas setinggi  20 – 30 sm selebar  2 meter x  2 meter.   
ii.     Tabur rata baja mengandungi unsur Nitrogen seperti Urea atau Ammonia Sulfat (SA)  sebanyak  (10 – 15) gm.
iii.    Tabur kapur sebanyak  (10 – 15) gm
iv.   Tabur bahan inokulum di atas lapisan tersebut setebal 10 sm.
v.    Air disiram rata sehingga 50 % kelembapan.
vi.   Ulang proses seperti di atas sehingga timbunan menjadi setinggi 1.5 meter
vii.  Tutup keseluruhan himpunan dengan plastik kanvas.






5.2  Mengesan keaktifan proses pengkomposan

a)      Penggunaan alat jangkasuhu
Selepas beberapa jam, himpunan bahan menjadi panas , menandakan ia aktif  dan proses pereputan sedang berlaku.
Suhu dikesan supaya dapat dikawal  suhu himpunan kompos tidak melebihi 700C. Suhu  sangat panas dan melebihi had akan membunuh bakteria dan fungus yang berfungsi mereputkan bahan asas kompos.
              
b)      Penggunaan jangka kelembapan

Bertujuan mengesan tahap kelembapan himpunan kompos berada sekitar 50%. Keadaan terlalu kering atau terlampau lembab menyebabkan bakteria pereputan kurang aktif. Air perlu disiram untuk  menambah tahap kelembapan.

c)      Membalik-balikkan himpunan
Himpunan kompos perlu dibalik-balikan setiap seminggu sekali .Bertujuan untuk menggaulkan campuran supaya serata, menurunkan suhu dan mempercepatkan kematangan.  Biasanya kompos akan matang dalam masa 2 hingga 3 bulan bergantung jenis jenis bahan asas yang digunakan.
                
5.3  Menentukan tahap kematangan kompos
Tahap kematangan kompos dapat ditentukan apabila mencapai keadaan seperti berikut :

a)        Suhu akan menurun ke paras suhu sekeliling dan tidak meningkat walaupun bahan dibalik-balikkan.
b)        Warna bertukar menjadi coklat kehitaman pada keseluruhannya.
c)        Peroi dan tidak melekat di tangan apabila dikepal.
d)        Tidak berbau.

5.4  Penyimpanan kompos

Kompos yang telah matang bolehlah dimasukkan ke dalam kampit untuk disimpan atau dipasarkan.

JUMPA LAGI ...........assalamualaikum


1 comment: