Pengenalan kepada indigenous micro organism (IMO)
IMO ialah sekumpulan
mikroorganisma yang hidup berkelumpok di suatu tempat. Ianya hidup harmoni di
dalam tanah. Proses akativiti mikroorganisma di dalam tanah secara tidak
langsung membekalkan makanan dan memberi perlindungan kepada serangga dan
binatang kecil yang lain disekitarnya. IMO tempatan boleh dikumpul dan dibiak dan
berguna untuk memperbaikai dan memelihara tanah. Mikrorganisma ini boleh dibiak
melalui beberapa kaedah, antaranya proses penyediaan dari IMO 1 hingga IMO 5. IMO 4 boleh
digunakan dalam penyediaan kompos dengan lebih cepat ( 3 minggu)
Mula-mula saya akan menerangkan bagaimana untuk menyediakan IMO 1.
Penyediaan IMO
1.
Sediakan
bahan dan alat seperti Nasi sejuk (semalaman), bekas kayu/ bekas plastik, kertas putih , tali / gelang getah.
2.
Nasi
sejuk diisi kedalam bekas kayu/plastik ukuran dalam 3.5 cm
3.
Tutup
dengan kertas majung dan diikat kemas dengan tali .
4.
Letakkan
bekas ini di bawah pokok buluh
5.
Tutup
lagi dengan plastik dan biarkan selama 2 malam .
6.
Elakkan
dari terkena hujan. Selepas 2 malam nasi akan diselaputi
dengan miselium berwarna putih yang
dinamakan IMO 1.
No comments:
Post a Comment