a.
untuk membentuk pokok kepada bentuk struktur
rangka yang dikehendaki
Pokok buah-buah perlu dipangkas
pada peringkat awal lagi bagi
membentuk dan mengawal ketinggian daripada
menjadi terlalu tinggi supaya kerja-keja
pengurusan
dapat dijalankan dengan baik. Pemangkasan ini akan melibatkan
cantasan bahagian pokok bagi mengubah bentuk rimbunan. Dahan-dahan kecil
yang terlalu banyak dicantas bagi memudahkan kerja penyelenggaraan seperti
menyembur racun, membungkus dan memetik hasil.
Bentuk struktur rangka tanaman
buah-buahan dibahagi kepada tiga iaitu
bentuk
satu batang utama, bentuk terbuka tengah dan bentuk ubahsuai batang utama.
i. Bentuk Satu Batang Utama (Central Leader)
Pokok mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas
serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok. Pada
peringkat awal ini dahan-dahan primer yang berlebihan dan bersudut kecil dibuang , ini bagi menggelakkan bersaing
dengan batang utama.
Pastikan tiada cabang sehingga
setinggi 1 meter dari tanah ,supaya
terdapat pengudaraan yang baik di bawah pokok dan ini akan mengurangkan
kelembapan dan seterusnya dapat mengawal serangan kulat.
Sesuai untuk pokok yang berbuah pada dahan utama,
dahan ke dua dan seterusnya. Contoh tanaman ialah durian, manggis, dan duku langsat / dokong
ii. Bentuk Terbuka Tengah / Rendang ( Open central)
Tujuan
dibentuk menjadi terbuka tengah ialah :
·
Dahan akan
terdedah pada cahaya matahari, ini boleh
mengawal serangga bertelur dicelah dahan.
·
Mewujudkan
suasana pengudaraan yang baik di bahagian atas dan bawah pokok .
·
Lebih
banyak bahagian pokok mengeluarkah hasil
·
Menghasilkan
pokok yang rendang dan rendah bagi
memudahkan kerja penjarangan bunga,
membungkus buah dan memungut
hasil
·
Pokok
akan lebih seimbang
Sesuai
untuk pokok yang berbunga di hujung ranting seperti Limau, jambu batu, rambutan,
longgan, mangga, pulasan, dan ciku,
iii. Bentuk ubahsuai batang utama / Dahan pandu terubahsuai
( modified
central leader )
Sesuai untuk pokok-pokok yang berbuah pada batang utama ,
dahan utama , atau kedua-duanya Contohnya : Nangka, Belimbing dan
cempedak.
Tujuan dibentuk menjadi dahan pandu terubahsuai ialah :
·
Merendahkan pokok bagi menyenangkan
pembungkusan dan pemetikan buah.
·
Untuk mendapatkan pokok
yang seimbang, subur, tumbesaran yang terkawal dan produktif
.
b.
Cantasan penjagaan / ulangan .
Dilakukan sepanjang masa
terutama setiap kali selepas
memungut hasil. Tujuannya ialah untuk membentuk pokok supaya berada
di dalam keadaan seimbang dan
sentiasa subur .
No comments:
Post a Comment