Pages

Thursday, 28 November 2013

CARA MEMULIH KESUBURAN TANAH ANDA







Kaedah pemuliharaan kesuburan tanah

1.  Tanah Masam / Asid Sulfat
§  Pengaporan tanah pada kadar 5 tan/ha di peringkat awal; dan buat semakan pH dan tambah secara berkala (6 bulan sekali) mengikut jenis tanaman
§  Bina ban dan pintu kawalan air untuk elakan air masin/payau masuk ke kebun
§  Buat flushing buang air berkarat/ berasid dengan air tawar atau ketika musim hujan (keadaan air yang banyak)
§  Pilih tanaman yang tahan dengan keadaan tanah yg terlampau berasid, kekurangan unsur makro dan mikro seperti kelapa sawit dan padi

 2.    Tanah Gambut
§  Penanaman menggunakan kaedah lubang di dalam lubang
-   Ia dibuat dengan menggali dahulu lubang pertama yang besar diikuti menggali lubang kedua di dasarnya untuk mengelakkan pokok tumbang akibat tanah gambut reput
§  Disegi pembajaan, tumpuan diberi kepada zat-zat pemakanan makro dan mikro seperti kuperam, boron dan zinkam.
§  Disebabkan tanah gambut terlalu masam, maka pengapuran dengan abu atau kapur pertanian GML adalah perlu dengan kadar mengikut jenis tanaman biasanya pH di antara 5.5-6.5 untuk tumbuh dengan baik.
§  Pilih tanaman yang sesuai dengan tahun-tahun permulaan jenis-jenis tanaman jangka pendek seperti jagong, ubi kayu, kacang tanah, sayur-sayuran, nenas, tembakau dan lain-lain. Tanaman jangka panjang adalah terhad.
§  Tanaman Penutup bumi untuk mengurangkan suhu di permukaan gambut yang akan mernyebabkan gambut menjadi kering dan berdebu.
§  Membekalkan  baja  dalam dalam jumlah yang sedikit tetapi kekerapannya ditambah disebabkan oleh proses pengikatan baja oleh gambut.

3.    Tanah Bris / Tanah Bekas Lombong
§  Membekalkan baja pada kadar yang lebih tinggi dibandingkan dengan tanah mineral tetapi dibubuh sedikit-sedikit / kerap kerana larut resapnya tinggi
§  Menggunakan bahan sungkupan seoperti jerami padi dan lalang untuk mengekalkan kelembapan tanah dan mengurangkan proses penyejatan disebabkan oleh suhu permukaan tanah yang agak tinggi
§  Membekalkan baja organan seperti tinja haiwan dan sisa tumbuhan untuk meningkatkan kadar pertukaran kation tanah
§  Sistem pengairan seperti percikan atau  titisan mestilah disediakan bagi mengatasi masalah kekurangan air 
§  Menanam tanaman penutup bumi seperti tananan kekacang untuk mengurangkan suhu permukaan tanah yang agak tinggi


No comments:

Post a Comment