Pages

Thursday, 28 November 2013

CARA SUPAYA POKOK LONGAN ANDA BERBUNGA


       


Cara  Aruhan Pembungaan Longan
Longan Edaw, Chompoo dan Biew Khiew adalah kultivar yang memerlukan suhu yang rendah dan kering (2 bulan) untuk berbunga.  Pada kebiasaan biasa, ia tidak berbunga di Malaysia.  Menurut kajian, longan Edaw boleh berbunga dengan menggunakan rawatan kalium klorat.
     Sebelum rawatan, pastikan keseluruhan daun telah matang dan tiada pucuk baru.  Larutkan kalium klorat bersama air pada kadar 8 gm/m persegi (keluasan kanopi).  Bersihkan kawasan kanopi, kemudian larutan tersebut dicurahkan ke atas tanah dibawah kanopi di sekeliling pokok.  Kadar kalium klorat yang diperlukan untuk mengaruh pembungaan dan jumlah air yang diperlukan untuk melarutkan kalium klorat mengikut kadar keluasan kanopi adalah seperti berikut:-
Jejari

(kaki)
Jejari

(m)
Keluasan
Kanopi
m2
Kadar KaliumKlorat
(8gm/m2)
(gm)
Kadar Air Digunakan
(Liter)
1
0.30
0.29
2.32
0.46
2
0.61
1.16
9.29
1.86
3
0.91
2.61
20.91
4.18
4
1.22
4.65
371.7
7.43
5
1.52
7.26
58.07
11.61
6
1.82
10.45
83.63
16.73
7
2.13
14.23
113.83
22.77
8
2.43
18.58
148.67
29.73
9
2.74
23.52
188.16
37.63

3.0




1
2
3
4
5
6
7
8
-
-
-
-
-
-
-
-
Daun matang (hijau tua) keseluruhannya.
Bersihkan bawah kanopi dari rumpai
Kira purata jejari pokok dalam kaki (kolum 1)
Timbang kalium klorat mengikut jadual di atas (kolum 4)
Sediakan air bersih mengikut jadual di atas (kolum 5)
Larutkan kalium klorat ke dalam air dan kacau dengan kayu sehingga larut kesemuanya.
Curahkan rata-rata pada larutan kalium klorat itu di bawah kanopi.
Keputusan akan dapat dilihat antara 2-5 minggu.

CARA MEMULIH KESUBURAN TANAH ANDA







Kaedah pemuliharaan kesuburan tanah

1.  Tanah Masam / Asid Sulfat
§  Pengaporan tanah pada kadar 5 tan/ha di peringkat awal; dan buat semakan pH dan tambah secara berkala (6 bulan sekali) mengikut jenis tanaman
§  Bina ban dan pintu kawalan air untuk elakan air masin/payau masuk ke kebun
§  Buat flushing buang air berkarat/ berasid dengan air tawar atau ketika musim hujan (keadaan air yang banyak)
§  Pilih tanaman yang tahan dengan keadaan tanah yg terlampau berasid, kekurangan unsur makro dan mikro seperti kelapa sawit dan padi

 2.    Tanah Gambut
§  Penanaman menggunakan kaedah lubang di dalam lubang
-   Ia dibuat dengan menggali dahulu lubang pertama yang besar diikuti menggali lubang kedua di dasarnya untuk mengelakkan pokok tumbang akibat tanah gambut reput
§  Disegi pembajaan, tumpuan diberi kepada zat-zat pemakanan makro dan mikro seperti kuperam, boron dan zinkam.
§  Disebabkan tanah gambut terlalu masam, maka pengapuran dengan abu atau kapur pertanian GML adalah perlu dengan kadar mengikut jenis tanaman biasanya pH di antara 5.5-6.5 untuk tumbuh dengan baik.
§  Pilih tanaman yang sesuai dengan tahun-tahun permulaan jenis-jenis tanaman jangka pendek seperti jagong, ubi kayu, kacang tanah, sayur-sayuran, nenas, tembakau dan lain-lain. Tanaman jangka panjang adalah terhad.
§  Tanaman Penutup bumi untuk mengurangkan suhu di permukaan gambut yang akan mernyebabkan gambut menjadi kering dan berdebu.
§  Membekalkan  baja  dalam dalam jumlah yang sedikit tetapi kekerapannya ditambah disebabkan oleh proses pengikatan baja oleh gambut.

3.    Tanah Bris / Tanah Bekas Lombong
§  Membekalkan baja pada kadar yang lebih tinggi dibandingkan dengan tanah mineral tetapi dibubuh sedikit-sedikit / kerap kerana larut resapnya tinggi
§  Menggunakan bahan sungkupan seoperti jerami padi dan lalang untuk mengekalkan kelembapan tanah dan mengurangkan proses penyejatan disebabkan oleh suhu permukaan tanah yang agak tinggi
§  Membekalkan baja organan seperti tinja haiwan dan sisa tumbuhan untuk meningkatkan kadar pertukaran kation tanah
§  Sistem pengairan seperti percikan atau  titisan mestilah disediakan bagi mengatasi masalah kekurangan air 
§  Menanam tanaman penutup bumi seperti tananan kekacang untuk mengurangkan suhu permukaan tanah yang agak tinggi


Wednesday, 20 November 2013

TUJUAN SEBENAR PEMANGKASAN TANAMAN






















     Tujuan  pemangkasan Tanaman

a.    untuk membentuk pokok kepada bentuk struktur rangka yang dikehendaki 

                Pokok buah-buah perlu dipangkas pada peringkat awal lagi bagi
 membentuk dan mengawal ketinggian daripada menjadi terlalu tinggi supaya kerja-keja
pengurusan dapat dijalankan dengan  baik.  Pemangkasan ini akan melibatkan
 cantasan bahagian pokok bagi   mengubah bentuk rimbunan.  Dahan-dahan kecil
 yang terlalu banyak dicantas bagi  memudahkan kerja penyelenggaraan seperti
 menyembur racun, membungkus dan memetik hasil.

              Bentuk struktur rangka tanaman buah-buahan dibahagi kepada tiga iaitu
bentuk satu batang utama, bentuk terbuka tengah dan bentuk ubahsuai batang utama.

 i.  Bentuk Satu Batang Utama (Central Leader)

Pokok  mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok. Pada peringkat awal ini dahan-dahan primer yang berlebihan dan bersudut kecil  dibuang , ini bagi menggelakkan bersaing dengan batang utama.        
          Pastikan tiada cabang sehingga setinggi 1 meter dari tanah ,supaya  terdapat pengudaraan yang baik di bawah pokok dan ini akan mengurangkan kelembapan dan seterusnya dapat mengawal serangan kulat.
         Sesuai  untuk pokok yang berbuah pada dahan utama, dahan ke dua dan seterusnya. Contoh tanaman ialah durian, manggis, dan  duku langsat / dokong

ii.  Bentuk Terbuka Tengah / Rendang ( Open central)

Tujuan dibentuk menjadi   terbuka  tengah ialah :

·         Dahan   akan terdedah pada cahaya matahari, ini  boleh mengawal serangga bertelur dicelah dahan.
·         Mewujudkan suasana pengudaraan yang baik di bahagian atas dan bawah pokok .
·         Lebih banyak bahagian pokok mengeluarkah hasil
·         Menghasilkan pokok yang  rendang dan rendah bagi memudahkan kerja penjarangan bunga,  membungkus buah  dan memungut hasil
·         Pokok akan lebih seimbang

Sesuai untuk pokok yang berbunga  di hujung  ranting seperti Limau, jambu batu, rambutan, longgan, mangga, pulasan, dan ciku,

iii.  Bentuk ubahsuai batang utama  / Dahan pandu terubahsuai                      ( modified  central leader   )

Sesuai untuk pokok-pokok yang berbuah pada batang utama , dahan utama , atau kedua-duanya Contohnya : Nangka, Belimbing dan cempedak.

Tujuan  dibentuk menjadi   dahan pandu terubahsuai  ialah :

·         Merendahkan pokok bagi menyenangkan pembungkusan dan pemetikan buah.
·         Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, subur, tumbesaran yang terkawal dan produktif
.
b.        Cantasan  penjagaan / ulangan .

Dilakukan sepanjang masa  terutama  setiap kali selepas memungut hasil. Tujuannya ialah  untuk membentuk pokok supaya  berada  di dalam keadaan seimbang  dan sentiasa subur  .