PENANAMAN ORKID DALAM
PASU / BEKAS
1.0
PENGENALAN
1.1
Tanaman Orkid
Orkid adalah makhluk Tuhan. Ia mengeluarkan Aura dan menjadikan manusia menjadi tenang. Lebih- lebih lagi bagi hamba yang makrifat kepadanya.
Di Malaysia terdapat lebih dari 100 genus orkid, 808 spesis
dan lebih 2 000 jenis orkid kacukan.
Orkid mempunyai potensi yang besar di pasaran antarabangsa Penanaman
secara kemersial adalah digalakkan.
1.2 Sifat-sifat umum orkid
i. Keluarga : Orchidaceae
ii. Sifat-sifat bunga orkid :
a. Di bahagian luar terdapat 3 kelompok sepal sepusar dan 2 kelopak petal di
dalamnya.
b.Kelopak petal yang ke tiga berubah
suai menjadi labelum seperti lidah.
c.Di pangkal bibir terdapat kolum yang mengandungi cepudebunga di bahagian
atas dan stigma di bahagian tengahnya. Rujuk rajah 1 : Morfologi Bunga Orkid
Rajah 1 : Morfologi Bunga Orkid
iii. Sifat-sifat akar orkid
Akar orkid adalah lembut, mudah patah, berlendir dan agak
melekit. Bentuknya meruncing di bahagian hujung. Jenis monopodial memiliki akar udara bewarna
hijau, hijau keputihan atau kuning kecoklatan. Akar ini berfungsi menyedut air terus daripada udara.
iv. Terdapat dua jenis akar tanaman
orkid :
a. Akar serabut
b. Akar udara
1.3 Jenis-jenis orkid
Terdapat dua jenis orkid (mengikut cara
pertumbuhan), itu :
i.
Orkid simpodium - ii. Orkid
Monopodium
Contoh : Dendrobium, Contoh
: Vanda, Arachnis
Cattleya
dan Mokara .Rujuk rajah 3:
Oncidium, Monopodium
Rujuk
rajah 2:
2.0 MENGISI MEDIA TANAMAN ORKID KE DALAM PASU / BEKAS
i. Tujuan/faedah mengisi media tanaman
ke dalam pasu / bekas.
a. Memberi sokongan yang baik kepada akar
b. Membekalkan nutrien yang mencukupi
kepada tanaman
c. Menyediakan saliran yang baik kepada tanaman
d. Menyediakan pengudaraan yang baik.
ii. Kaedah mengisi media tanaman ke dalam pasu / bekas
Media pemasuan tanaman orkid yang sesuai digunakan adalah mengikut
habitat asalnya .Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan dalam
pemasuan orkid dan kaedah mengisi media tanaman ke
dalam pasu/bekas adalah mengikut jenis
media yang digunakan.
a. Kaedah mengisi pecahan batu bata ke dalam pasu/bekas
Pecahan batu
bata merupakan salah satu media yang popular digunakan dalam
pemasuan dan mudah didapati. Ianya digunakan
untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Pecahan
batu bata dicampur sekali bersama dengan pecahan arang.
Teknik mengisi ke dalam pasu / bekas adalah seperti berikut ;
·
Mula-mula batu bata hendaklah direndam di dalam racun
kulat selama semalaman. Selepas itu diangkat dan dikeringkan.
·
Batu batu dipecahkan kepada
saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu/bekas.
·
Pecahan yang bersaiz besar diletakkan
dalam pasu di bahagian
bawah , diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.
·
Tanam orkid di letak di atas permukaan
pasu. Jangan timbus pangkal orkid anda. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh
gunakan kayu pancang sebagai sokongan.
·
Kemudian isi sehingga penuh
batu bata dan campuran arang di dalam pasu.
Nota : Pangkal orkid simpodial tidak boleh
ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya terdapat beberapa mata
tunas yang akan membentuk anak kelak.
Rujuk gambar 4 : Mengisi pecahan batu bata ke dalam pasu
Gambar 4 : Mengisi Pecahan
batu bata ke dalam pasu
b. Kaedah mengisi pecahan arang ke dalam pasu / bekas
Arang adalah media yang popular dan mudah didapati di kedai
kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat dan digunakan
bersama dengan pecahan batu bata.
Teknik mengisi
arang ke dalam pasu :
·
Arang direndam selama
semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut ).
·
Arang disiram menggunakan
aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.
·
Isi arang ke dalam pasu seperti menggunakan pecahan batu bata untuk
langkah seterusnya.
c.
Kaedah mengisi serbuk kayu ke dalam pasu
Biasa digunakan
sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis
memanjat. Teknik mengisi ke dalam pasu :
·
Serbuk kayu yang ingin
digunakan direndam di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan keringkan.
·
Habuk kayu dimasukkan ke
dalam bekas tanaman.
·
Letakkan orkid di atas media.
Jika menanam orkid yang hidup ditanah, media pasuan dicampur dengan tujuan untuk
membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.
Nota: ( Serbuk kayu boleh di
campurkan bersama dengan media lain
seperti pecahan batu bata, arang, tanah pasuan dan perlite)
d. Kaedah mengisi perlite ke dalam pasu
Perlite mudah dikendalikan, ringan dan tahan lama.
Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah. Media ini boleh mengurangkan risiko penyakit
disebabkan oleh penyiraman melampau.
Teknik
menggunakan:
·
Perlite disiram dengan air
supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk tujuan keselamatan.
·
Kemudian isikan ke dalam pasu sehingga penuh.
·
Benamkan orkid sehingga
menutup rizomnya. Ini tidak memudaratkan kerana perlite masih memberi rongga
udara.
e. Kaedah mengisi Sphagnum moss ke dalam pasu / bekas
Media yang
popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada bekas/
tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan
lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100% sphagnum moss yang diletakkan di
dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan
kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai bebawang untuk
menyimpan air.
Teknik
menggunakan;
·
Sphagnum moss yang hendak
digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman. Diangkat dan dibiarkan
sehingga ia terasa lembap.
·
Isikan ke dalam pasu atau
tampalkan kepada tunggul kayu .
f. Potongan
batang paku pakis gajah.
Media ini juga
amat digemari oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpan air dengan lebih
lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. Media ini
amat sesuai untuk tanaman secara gantung.
Teknik
menggunakan;
· Batang paku gajah dipotong mengikut kesesuaian orkid yang hendak di
tanam.
· Orkid dilekatkan di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan
orkid . Biasanya tali rafia digunakan kerana
ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.
g. Tunggul
kayu
Media ini
sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering
berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Ia mudah diperolehi di dalam
hutan,di ladang-ladang sawit atau di tepi sungai.
Teknik
menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh
diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas
siraman.
h. Potongan
dahan tembusu
Media ini digunakan
untuk menanam orkid daripada famili Bulbophyllum dan Phalaenopsis. Orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan
media ini. Ia mempunyai kulit yang tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.
i. Tanah
campuran
Orkid yang hidup
di tanah memerlukan media ini. Iaitu
terdiri dari campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar
1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran
dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.
iii. Mengalas dasar
pasu / bekas
Tanaman hiasan
boleh ditanam di dalam pelbagai jenis pasu. Pasu untuk tanaman hiasan hendaklah
mempunyai lubang yang cukup dan saiz lubang saliran yang cukup luas supaya
larian tidak tersekat. Sekiranya larian air
tersekat, air bertakung di dalam pasu, dan ini boleh merosakkan
akar-akar tanaman hiasan.
Oleh itu bagi memperbaiki pengudaraan dan saliran serta menggelakan tanah campuran
keluar melalui lubang pasu , pecahan pasu
atau pecahan batu bata digunakan. Caranya ialah dengan mengatur serpihan
pasu atau pecahan batu bata / batu-batu
kasar berlapis-lapis sehingga lebihkurang 4 cm tebalnya iaitu satu pertiga ukuran tinggi bekas .Susunan janganlah sampai menutup lubang pasu. Rujuk rajah 5 : Cara melapik dasar pasu dengan serpihan pasu
Contoh Orkid :
0 comments:
Post a Comment